Lazada Malaysia

Monday, May 18, 2015

Khasiat Air Kelapa



Ajaibnya, air kelapa dan plasma darah dalam aliran darah manusia mempunyai struktur yang serupa. Hal ini dibuktikan dengan penggunaan air kelapa sebagai pengganti darah semasa zaman perang di masa lalu, dan dengan cara ini banyak nyawa manusia terselamat...

Hari-hari ini air kelapa digunakan di seluruh dunia, dan anda boleh menemuinya di pelbagai pasaran di persekitaran anda. Mungkin rasa airnya tidak lagi segar, tetapi daya detoksifikasi dan manfaat kesihatan lain dari air kelapa sangat tak diragukan lagi....

Apa yang terjadi apabila anda minum air kelapa dalam 7 Hari?

Dipetik dari laman healthyfoodteam.com, air kelapa boleh menguatkan sistem kekebalan tubuh anda dan menghilangkan bakteria yang menyebabkan jangkitan saluran kencing, gonorea, penyakit gusi dan virus yang menyebabkan selesema, jangkitan pelbagai penyakit dan tifus....

Air kelapa dapat meningkatkan tenaga dan pengeluaran kelenjar hormon tiroid. Air kelapa bertindak sebagai diuretik semulajadi dan sangat membantu bagi orang yang mempunyai penyakit buah pinggang. Ini akan membantu membersihkan saluran kencing dan saluran pundi kencing. Berkhasiat menghilangkan racun dan membantu memecah batu buah pinggang.

Air kelapa mengandungi jumlah serat yang tinggi, sehingga sangat baik untuk pencernaan. Mengambil air kelapa secara teratur akan membantu menghilangkan asam lambung.

Kerana air kelapa rendah lemak, anda boleh meminumnya dalam jumlah banyak. Air kelapa akan mengurangkan nafsu makan anda kerana selepas meminumnya anda akan merasa kenyang, jadi secara tak langsung membantu penurunan berat badan....

Cuba basahkan kapas atau kain dengan air kelapa dan letakkan pada kulit jika anda mempunyai jerawat, kulit berminyak atau kering. Air kelapa akan membuat kulit lebih bersih dan segar, dan pori-pori akan terbuka. Campur air kelapa dengan minyak zaitun untuk membersihkan pencernaan dan menghilangkan parasit usus....

Para ahli mendakwa bahawa air kelapa juga membantu mengatasi beberapa masalah kesihatan semasa mengandung. Dengan hanya satu cawan air kelapa anda akan menyeimbangkan elektrolit, sehingga anda akan terhindar dari hipertensi atau juga dikenali sebagai tekanan darah tinggi....

Ketika orang terlalu banyak minum (mabuk) sepanjang malam, mereka sering mengalami sakit kepala di pagi hari. Minumlah air kelapa untuk menghilangkan sakit kepala dan mengganti cecair yang hilang dalam badan serta mengatasi penyakit yang disebabkan daripada mabuk....

Jika anda ingin kulit anda cerah dan dilindungi sepanjang hari, minumlah satu gelas air kelapa. Jika anda kehilangan terlalu banyak tenaga dengan aktiviti fizikal yang melelahkan, anda boleh memulihkan tenaga anda dengan air kelapa. Air kelapa akan memberikan kesan positif pada setiap bahagian tubuh anda yang lelah....

Air kelapa kayak akan anti oksidan sehingga membantu sistem kekebalan tubuh yang kuat, meningkatkan tenaga, keselamatan dari bakteria dan jangkitan, penurunan berat badan dan banyak manfaat lain....

sumber: http://asampedasjohorrr.blogspot.com/2015/05/anda-pasti-tidak-akan-percayainilah.html