Lazada Malaysia

Wednesday, January 16, 2013

kenangan zaman kanak- kanak


bila dok sorang2 ni teringat pulak zaman kecik2 dulu... mase tgh comot hehe... senyum sorang pulak... kalau mengimbau zaman budak2 aku dulu, ada banyak sangat cerita yang best2...tak kisah la kartun ke apa ke tapi yang penting berkaitan dgn kanak2... zaman kanak2 apa yang tak best, semuanya best... dulu banyak kan rancangan2 yang menarik dan comel... jom usha apa yang aku suka tgk...

rancangan aku suka tengok: 

ALONG

korang minat tak rancangan tu?? aku memang tak pernah missed pun.. kalau cite ni dah nak start memang melopong je la kat depan tv tu... kalau orang panggil pon memang tak dengar...

lagi satu yang berkaitan dgn ALONG ni yang aku baru jer tau lately ni... Rupa- rupanya Beto yang pakai maskot Along tu... Kesian kat aku dah tua baru taw haha... Serius memang aku tak taw pasal ni... Mesti korang dah lama taw kan...  tapi mcm aku tak boleh nak bayangkan perwatakan comel Along dengan Beto.. Comel sgt Along.. And the most aku minat gila dgn Beto ni sebab dia manis hehehe.. Aku ada usha yuotube nak cari video cerita ni, tapi mcm tak ada je...lagu banyak la... ada ke?? atau aku yang terlepas pandang?? saje je nak mengimbau kembali saat2 dulu.. 



SAIRLAMOON

yang ni paling aku minat..tak taw lah kenapa tapi mungkin sebab dieorang comel kot... boleh bertukar fantasi sgt hehehe.... dulu siap beli buku warna gambar Sairlamoon lagi sebab minat... 


TELETUBBIES

yang ni comel kan?? aku suka yang kaler purple tu... dalam cerita ni aku paling suka part yang nyanyi tu... walaupun mase tu aku tak berapa paham tapi layan jer.. apa da hal janji best.. matahari tu pun comel...

matahari ada muka baby hehehe


DI MANA JOE JAMBUL

ingat lagi rancangan ni?? best gila... tapi sekarang ni rancangan muncul balik, felling dia tak sama macam dulu... aku suka sebab ada animasi di samping ada penyiastan untuk menangkap geng penjenayah... boleh tambah pengetahuan jugak...

Di Mana Joe Jambul Musim Baharu 2012 Kembali di RTM
Berkonsepkan candawara penyiasatan dengan menerapkan informasi-informasi pendidikan, rancangan Di Mana Joe Jambul yang popular sekitar tahun 1990 kembali diterbitkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) tahun ini.
Populariti rancangan ini tidak perlu dipertikaikan lagi kerana rata-rata kanak-kanak di zaman tersebut mengikuti perkembangannya. Bertahan hampir 4 tahun, rancangan ini pernah memenangi Anugerah Rancangan Kanak-Kanak Terbaik, Anugerah Seri Angkasa 1996 yang menampilkan pengacara Norzizi Zulkifli.

Dalam Majlis Sidang Media yang berlangsung di Angkasapuri baru-baru ini, musim baharu siri ini memperkenalkan pengacara Aril Pilus dan pengisian program ini nyata lebih padat selain masih mengekalkan mata pelajaran sains, matematik, geografi dan sejarah sebagai teras utama permainan.
Geng Joe Jambul kembali semula yang terdiri dari 5 orang ahli Joe Jambul sebagai peneraju utama. Dia dibantu oleh Raj, Winnie, Ben dan Ringgo yang memiliki kepakaran dalam bidang masing-masing. Geng ini hanya ditonjolkan dalam bentuk animasi sahaja.

Satu akademi penyiasatan telah ditubuhkan khas untuk menangkap geng Joe Jambul iaitu Akademi Detektif Nasional (ADEN) yang diterajui oleh Khairil Azam Pilus (sebagai Detektif Kanan) dengan dibantu Muhammad Syahmi Abdul Hamid (Detektif), Faizatul Hasanah Hussain (Miss V) dan Hazirah Hazali (Wartawan luar).
Segmen-segmen diperkenalkan pula menurut penerbitnya, Norsafaliza Mohd Yatim (Unit Majalah & Dokumentari RTM) kali ini lebih terperinci dimana bermula dengan segmen Fail Siasatan (menjawab soalan dengan pantas), Kod rahsia (membuat eksperimen sains) dan diakhiri segmen Jejak dan tangkap (menggeledah studio mencari bahan bukti). Keputusan yang bakal diperolehi pada penghujung segmen akan dipengaruhi oleh keputusan yang diperolehi bermula daripada segmen pertama lagi.
Para peserta rancangan ini terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah rendah dari seluruh semenanjung Malaysia yang akan mewakili sekolah masing-masing. Setiap minggu 3 pasukan (6 peserta) yang akan bertanding bagi melayakkan mereka untuk ke peringkat seterusnya. Mereka perlu sentiasa peka dan bijak dalam meneka kedudukan Geng Jambul dengan melaksanakan tugasan yang diberikan.
Di Mana Joe Jambul diterbitkan sebanyak 27 episod dengan sasaran penonton adalah di kalangan kanak-kanak berusia 10-12 tahun. Durasi siaran adalah selama 30 minit dan akan menemui penonton mulai 15 September 2012 pada setiap hari Sabtu, jam 10.00 pagi di TV1.
Program ini dulunya sekitar tahu 90 an diterbitkan oleh Norliza Ali dan bagi musim 2012 pula penerbitnya Norsafaliza Mohd Yatim (Unit Majalah & Dokumentari RTM).
sumber: sini

kalau nak senaraikan semua cerita yang aku suka tgk masa zaman muda2 dulu memang takkan habis... mmg banyak sgt...  tapi takpe lah aku simpan jer dalam memori kenangan~ ceh ayat hehe

tapi sayang masa tak boleh diundur kembali... rindu sangat zaman kanak2 dulu... sekarang ni pun kanak2 lagi, tapi kanak2 Ribena la.... ^_- 


p/s: sebenarnya....... Dragon Ball ada 7 biji semuanya... suka buat troll dalam kelas guna ayat ni hehehe



Monday, January 14, 2013

Tawakkal Selepas Berusaha


Hari ni hari yang paling STRESS bagi aku sebab ada exam STATISTIC... Tuhan je yang taw macam mane perasaan aku dari semalam sampai lah pagi tadi..  Exam stat start pukul 9 pagi tadi.. semalam aku tido lambat semata- mata nak study... punya lah susah... haishh.. 

Sekarang dah lega sikit.. esok exam EKONOMI... kenapa la ada subjek yang susah- susah... pening kepala hotak aku ni nak buat kira- kira tu... Exam stat tadi aku tak boleh jawab... serius aku ckap soklan tu memang susah...Lecturer aku cakap senang, memamg lah senang dah nama pun dia tu lecturer... Arghh STRESS!! aku ni dah la tak berapa minat sangat subjek kira kira ni... esok kira - kira lagi... Habislah...

Tapi aku tgk ramai jer yang keluar awal tadi... senang kot bagi diaorang... Aku ni jer yang xleh jawab.... huhuhu... sekarang ni bertawakkal dan berdoa jer pada Allah semoga pemeriksa bagi markah penuh untuk soklan yang aku jawab hehe... korang- korang semua doakan aku jugak ek... tQ



Thursday, January 10, 2013

Segmen : Saya Blogger Negeri .......



SAYA BLOGGER KELANTAN

TEMPAT- TEMPAT MENARIK

PASAR BESAR SITI KHADIJAH


ZON BEBAS CUKAI RANTAU PANJANG


ZON BEBAS CUKAI PENGKALAN KUBOR


TAMAN PERBANDARAN TENGKU ANIS


MAKANAN 

LOMPAT TIKAM


SERABE


BUTIR NANGKA


nak tahu lebih lagi pasal Kelantan tekan SINI