Saturday, November 30, 2013
Friday, November 29, 2013
Kekasih enggan tukar agama
Saya mencintai seseorang lelaki yang amat baik pada pandangan saya.
Bagaimanapun dia bukan beragama Islam. Kami saling mencintai antara satu
sama lain. Walaupun dia amat mencintai saya, apa yang pasti ialah dia
tidak mahu menukar agama. Dia memberi alasan akan kehilangan keluarga terutama ibu bapanya
kerana mereka tidak merestui perhubungan kami. Apa yang merisaukannya
ialah dia anak sulung dan anak tunggal lelaki dalam keluarganya. Saya
sering memberitahu mengenai keistimewaan Islam. Pelbagai usaha saya
lakukan seperti menghadiah padanya buku solat, tapi saya tidak tahu
adakah hati dia benar-benar bersedia menerima Islam. Dia sering kata dia
sudah bersedia, tetapi bila saya suruh tukar agama ke agama Islam, dia
takut. Saya semakin buntu. Saya mencintainya namun tidak sanggup menggadaikan agama kerana rasa sayang padanya.
DI PERSIMPANGAN DILEMA,
Melaka
Jelas sekali, adik menghadapi tekanan dan konflik antara tuntutan emosi dengan agama. Jawapan kepada permasalahan adik sangat jelas. Jika kekasih adik ingin berkahwin dengan adik, dia perlu memeluk agama Islam terlebih dulu. Ketakutan kekasih adik untuk bertukar agama kerana tidak mahu kehilangan keluarga dan ibu bapanya adalah petunjuk bahawa dia belum bersedia untuk menjadi seorang Muslim.
Kesan kepada ketidaksediaan kekasih untuk menukar agamanya ke agama Islam ialah adik perlu bersedia untuk menghadapi kesan perpisahan dari sudut emosi.
Memutuskan hubungan dan melupakan seseorang memang sukar. Ia menuntut kesediaan emosi dan psikologi yang tinggi. Jelasnya, adik perlu lalui ini semua dengan perasaan yang tenang dan kuatkan semangat. Secara realitinya untuk melupai seseorang yang sudah terjalin hubungan emosi sukar dilakukan.
Sesuatu perhubungan yang berkonflik jika diteruskan akan lebih berbelit-belit kesudahannya. Jika perhubungan adik itu tanpa ada kesudahan yang dibenarkan dalam agama, ia akan lebih menyulitkan pada masa-masa akan datang. Semakin lama masa yang perlu diambil kekasih adik untuk membuat keputusan sama ada mahu menukar agamanya ke agama Islam atau tidak, semakin meletakkan perhubungan adik dengan dia dalam situasi sukar.
Semakin lama jalinan jiwa, rasa dan emosi bertaut antara adik dengan kekasih adik itu, semakin menyulitkan keadaan. Mintalah kekasih adik membuat keputusan segera. Apapun keputusannya, adik perlu bersedia menghadapinya.
Semanis mana pun hubungan adik berdua, batasan antara perkara yang boleh dan dilarang dalam agama Islam dalam sesuatu perhubungan itu perlu wujud. Dr sentiasa mendoakan adik tenang dalam menghadapi situasi sebegini dan mengharapkan yang terbaik untuk adik.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/11/25

Thursday, November 28, 2013
8 cara peragakan gincu merahmu!
“Pakai gincu warna merah ?? eiwww tak nak lah! Menyerlah sangat malu kalau orang pandang!”
Waittt! Jangan macam tu. Buat apa nak malu ? Merahkan melambangkan keberanian! Patutnya kamu berbangga bila memakai gincu yang melambangkan aura positif! Di sini REMAJA kongsikan 8 cara yang betul untuk peragakan gincu merahmu agar kamu lebih yakin dan selesa dengan penampilan mu.
✽ GUNA TEKNIK ‘GIRL POWER’
Bak kata orang putih “With a shade this flirty, let your lips do all the talking”. Sambil berborak, jangan lupa gunakan jari jemari kamu yang runcing itu untuk ‘memintal-mintal’ rambut sekali ya dan gunakanlah apa juga trik mengoda yang kamu ada untuk membuatkan semua terpaku melihat ‘aura’ gincu merah kamu. Tapi hati-hati jangan terlalu mencuba takut nanti ada pula yang mengelar kamu murahan.
✽ IKALKAN RAMBUTMU.
Rambut memang memainkan peranan dalam membentuk wajah seseorang. Jadi, apa kata ikalkan rambut mu kemudia calitkan gincu bewarna merah (bold) di bibir. Wowww! Kamu pasti kelihatan hebat!
✽ GO SPORTY!
Bergincu merah tidak bermaksud kamu perlu bergaya ala-ala ‘ladies’ dan formal. Kamu juga boleh mengenakan gaya ala-ala sporty dan bersahaja. Gabungkan ikatan rambut tocang yang tinggi dan jeans skinny yang sempoi. Pasti kamu akan kelihatan stunning!
✽ KENAKAN GAYA ALA-ALA VINTAGE
Untuk nampakkan lagi ‘aura’ gincu merah, apa kata kenakan gaya ala-ala vintage seperti Taylor swift. Jangan lupa aplikasikan ‘cat-eyeliner’ di bahagian mata. Teknik ini pasti akan membuatkan kamu kelihatan manis dan menawan seperti gadis-gadis zaman Victoria.
✽ POTONG RAMBUT GAYA PIXIE!
Bila mengenakan gincu merah di bibir, apa kata buat potongan rambut gaya pixie untuk nampak lebih ‘bold’ dan ganas! Hmmm, tapi pastikan rambut kamu bewarna hitam bukannya perang. Barulah nampak seperti ‘rockstar’ !
✽ TIDAK PERLU CEREWET
Alamakkkkkk hari ni kamu terlambat bangun! Takpe jangan risau! Tak perlu blow rambut dan bersiap beria-ia. Cukup sekadar ikat sanggul dan calitkan gincu merah di bibir kemudian senyum dengan penuh yakin. Tak perlu terlalu cerewet untuk bergaya. Nah, pasti rakan-rakan kamu tidak akan sedar kelewatan kamu. Silap-silap ada pula yang memuji kamu lebih daripada hari-hari biasa.
✽ GO EDGY!
Pasti kamu akan bayangkan bergincu merah selalunya hanya untuk gadis-gadis seperti Taylor Swift kan? Ternyata tekaan kamu itu salah! Miley Cyrus telah buktikan walaupun kamu dalam’ kamu tetap boleh kelihatan menawan dengan secalit gincu merah di bibir.
✽ JADI GADIS KLASIK
Tiada salahnya jika kamu ingin mencuba gaya fesyen seperti gadis klasik dalam zaman serba membangun seperti kini. Warna merah di bibir pasti akan membuatkan kamu lebih menyerlah dengan teknik make up yang simple dan pakaian bewarna keemasan.
sumber: sini

Saturday, November 23, 2013
Ingat tak benda nie??
-cnp-
Wednesday, November 20, 2013
Sunday, November 10, 2013
Saturday, November 9, 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)