Assalamualaikum...
kita selalu dgr kan pasal perempuan curang la, perempuan
xsetia la... aku benci betul dgr statement mcm 2... ingat semua perempuan mcm 2
ke?? xsemua mcm 2... aku buat entry ni bukan nak tuju kat sape2 tapi sebagai
peringatan kpd diri supaya my boyfie tdk curang...
1) Kaya
- curang selalunya dikaitkan dengan berharta. Lelaki yang
kaya lebih cenderung untuk curang kerana kebanyakan perempuan mudah ditekel
dengan handbag Gucci dan juga kasut Padini.
2) Handsome
- muka yang jambu dijadikan faktor curang. Walaupun miskin,
papa, kedana, sengkek, tapi asal ada rupa, mak-mak datin senang dijadikan
mangsa.
3) Bosan
- perhubungan selama 5tahun akhirnya diakhiri ditamatkan
kerana bosan. Tiada aktiviti yang menyeronokkan seperti mula-mula bercinta.
4) Menyampah
- mungkin dah penat melayan kerenah bini/awek yang terlalu
mengada-ngada atau demand lebih, akhirnya curang menjadi penyelesaian. Selama
ini, selalu menipu untuk menjaga hati pasangan, tetapi hakikatnya, ...
5) Counter-Curang
- si pasangan perempuan memulakan langkah curang, akhirnya
lelaki juga mulai mencari ruang-ruang kosong untuk counter-curang. Konsep ini
diberi nama fair and square.
6) Terlanjur
- kegiatan lelaki perampas dara perempuan. Apabila sudah
mencapai target untuk terlanjur bersama pasangan, maka mangsa seterusnya
dicari.
7) Queen Control
- lelaki yang selalu menjadi mangsa kepada bini/awek
selalunya akan bertindak secara senyap-senyap. Walaupun pada fizikalnya nampak
biasa, tetapi adanya satu perasaan inginmemerintah di dalam hati.
8) Selekeh
- sama seperti perempuan, imej adalah satu perkara penting
di dalam hidup. Bini/awek yang selekeh juga boleh menjadi faktor lelaki curang.
9) Cinta lama
- sama seperti drama-drama TV indonesia yang selalu
ditayangkan di media prima, awek lama yang muncul kembali juga boleh menjadikan
seorang lelaki itu curang kepada pasangannya. Lebih-lebih lagi, jika si awek
lama bagi greenlight
10) Sangap lebih
- nafsu lelaki yang tak dapat dikawal juga menjadi punca
berlakunya curang. Lebih-lebih lagi, tuntutan nafsunya tidak dapat dilayan
oleh pasangan.