Lazada Malaysia

Tuesday, April 30, 2013

new look again


hai... ok tak baju baru blog ni?
guna template denim...
kalau bosan tukar baju lagi...

esok dah start cuti jadi xsempat la nak jenguk blog selalu... 
sebab tu kena tinggal blog dengan keadaan yang cantik hoho..

baru puas hati..
dah lama nak tukar tapi kesuntukan masa
banyak sangat kerja tapi bw kat blog korang tu sempat la
curi masa gitu hehehe
 

Monday, April 29, 2013

no title




penatnya!! baru balik kelas terus update blog.. sekian lama tak update sebab kekeringan idea...
lagi beberapa hari nak masuk bulan baru... jadi aku nak tukar baju baru kat blog.. new look for new month hehehe

korang just wait and see yaw,,,,


Wednesday, April 24, 2013

WORDLESS WEDNESDAY #6



betul kan??


Saturday, April 20, 2013

my new banner



cantik tak banner baru aku?? hehe,,, first time buat hoho... ok la tu... buat guna photoscape jer.. 



Wednesday, April 17, 2013

WORDLESS WEDNESDAY #5



kreatif sangat!! hohoho


Wednesday, April 10, 2013

WORDLESS WEDNESDAY #4



kata anda?? 


Monday, April 8, 2013

dah mati


cerita ni agak menyayat hati bagi insan seperti aku yang baru nak berjinak-jinak dalam dunia tersebut. tidak dapat dinafikan bahawa aku ni seorang yang memang tidak boleh melakukannya kerana tiada kemahiran dalam bidang tersebut. walaupun aku belajar tapi aku belajar hanya untuk memenuhi jam kredit universiti sahaja dan aku tidak berniat untuk mempraktikkannya pada masa hadapan. oleh itu akan aku jadikannya sebagai pengajaran supaya perkara seperti itu tidak akan berlaku lagi... huhuhu sedih :(

panjang pulak intro aku kali ni... 
alkisahnya begini.. pada hari sabtu yang lepas, bersamaan dengan 30 mac 2013, kumpulan ko k (kokurikulum) aku ada buat KLK (kegiatan luar kelas). semester ni merupakan sem last kami ambik subjek kok: kami belajar mengenai ikan hiasan. so, sebagai memenuhi syarat kursus kami perlu mengadakan lawatan ke tapak kolam ikan hiasan. aku ikut aje sebab boleh ambik angin sambil tengok dunia luar. 

sampai je kat sana kami dibawa tgk ikan-ikan yang comel sangat-sangat. ada ikan yang aku tak pernah tgk pun sebelum ni... setelah seharian berjemur panas, kami semua rehat kejap then lepas tu bertolak pulang ke UUM..

tapi sebelum pulang, owner tempat tu tawarkan kami untuk beli ikan hiasan tu.. ada jugak yang berminat termasuklah aku huhuhu...aku beli 3 ekor tapi tu semua member punya, aku tolong beli jer hohoho....


ihsan dari en google

then lepas balik UUM, aku bagi member aku yang jaga dulu ikan tu sebab aku ni kurang sikit nak jaga benda macam tu.. ikan lagi sekor tu aku nak bagi kat member sebelah bilik, lagi dua ekor tu member aku yang tolong jaga ikan tu punya... ok semalaman dia jaga...

esoknya, masa dalam kelas member aku yang jaga ikan tu hantar msg... terkejut baca..."azie, ikan dah mati"... mula-mula baca ingatkan sape yang mati... rupa-rupanya ikan yang baru beli tu yang mati.. sedih betol... tak sempat tgk ikan tu membesar.. tak taw kenapa boleh mati, pahadal baru sehari beli... dah ajal kot nak buat macam mana..huhuhu

tu kot kali terakhir aku beli ikan hiasan...tambah pulak tak reti nak jaga... kesian ikan tu mati macam tu jer...

#lagi suka bela kucing sebab comel...


Thursday, April 4, 2013

off to kampung


sekarang ni aku tengah menghitung minit-minit jam untuk sampai ke 8.30 malam..( betul ke ayat tu? macam pelik jer bunyinya hahaha... )... aku nak balik kampung!! tak sabar sungguh.. hari Jumaat dah start cuti.. cuti pertengahan semester seminggu jer... kalau lama sikit kan best huhuhu

sekarang mood baik punya... tengah paking barang.. takde la banyak sangat yang nak dibawa balik.. sebab tu la last minit baru berkemas... biasa lah tu... semalam pun dah ada membe aku yang balik kampung.... jeles sungguh hati ni sebab dia balik awal... 

aku nak jer balik awal, tapi ada pulak lecturer yang nak buat kuiz hari ni... jadi terpaksa berkorban demi pelajaran... cewahh~

don't worry home i'm coming!! lalalala... tak sabar nak jumpa family yg tercinta.. rindu kamau semua :)... korang doakan aku selamat sampai ke kampung dan selamat kembali ke UUM nanti ye... tq semua...


Wednesday, April 3, 2013

Tuesday, April 2, 2013

kebosanan


tajuk post menunjukkan aku ni seorang yang pemalas kan huhuhu... bukan pemalas la.. cuma tahap kerajinan  tu kurang ok.. aku tak tahu la kenapa aku terlampau bosan pada saat dan ketika ini.. nak tengok cerita pon macam takde mood... plz la...


aku dah macam rilakuma tu hah... hehe

Esemen yang nak kena submit sebelum cuti midsem berlambak tapi bosan la mengadap benda yang sama... benda yang takkan habis... tambahan pula, lately ni aku penat sangat sebab join banyak aktiviti DPP yang sangat mendera fizikal dan mental... huhuhu... kena berjemur tengah panas... habisla kulit makin hitam jadinya.... :(


Monday, April 1, 2013

welcome April



bulan April sudah menjelma... cepatnya masa berlalu...

Apa yang aku dah buat 3 bulan lepas dalam tahun 2013???

.......................................................................



no tittle

tak ada motif letak gambar ni.. huhu

Jam sudah menunjukkan pukul 2.00 pagi.. tapi aku masih lagi bersengkang mata menghadap laptop dengan line internetnya yang slow mengalahkan siput vavi untuk menyiapkan assignment law… time macam ni biasanya aku dah lena dibuai mimpi indah...huh tension betul…!! assignment nak kena hantar sebelum pukul 12 tengah hari esok… sempat ke ni?? Huhu… keje last minit…

pliz la 3 page je pun... tapi tak taw nak tulis apa... pagi- pagi macam otak jadi blur sikit... tengok rumate tido bestnya... huhuhu

#mencelah kat sini sekejap sementara tunggu line laju sikit.. JOM SAMBUNG BUAT KERJA!!