Lazada Malaysia

Monday, December 31, 2012

Bajet je lebih


Spoill mood tahun baru betul la.... menci taw....  tadi aku baru je call operator khidmat pelanggan prabayar yg aku guna ni... OMG so annoying!! Aku ada la tanya soklan pasal broadband kat operator tu... operator tu lelaki...  aku bukan nak menggatal ke apa , aku cuma tanya benda  yg aku tak faham... dia boleh pulak menyakitkan hati aku...  mcm aku ni tgh tanya soklan bodoh jer kat dia... HELLOooo aku tanya engkau sebab aku tak faham la b****!!! Dia buat tak layan mcm busy bebenor jer  nak jawab soklan aku tu.... macam nak marah pown ada bila aku tanya soklan tu... jawab macam nak tak nak je.... dah tu keje engkau bersopan la sikit nak jawab soklan pelanggan tu... aku cakap sekejap jer... nanti kalau cakap lama- lama keluar pulak  ayat – ayat yang tak sepatutnya.... lepas tu terus aku letak... Hampeh punya operator... baek berenti keje la weiii!!!

Nak cakap aku yg salah tak pulak sebab masa si polan tu angkat aku cakap elok- elok je... ni mau dua tiga hari aku dk fikir benda ni....   sakit pulak hati kita ni....

Ke aku salah timing..?? tapi bukan ke operator kena layan pelanggannya 24/7 ... ye doookkk???

Korang penah kena ke macam ni??? Bengang je...


Sori bahasa sedikit kasar sebab sgt tidak puas hati...

last entry for 2012 yg menjengkelkan


tukar penampilan


Bulan 2 2013 genap lah setahun usia blog aku...tapi tarikh yang specific tu aku tak sure la ... tapi yang penting ianya bulan Februari... Mcm mana nak celebrate eh?? ada idea tak?? ngada jer lebih.... masuk tahun baru ramai yang nak tukar imej blog, tukar baju baru untuk blog... aku pown ada terfikir nak tukar baju lama blog aku ni... bosan kot... aku ni dah la tak berapa pandai nak edit blog kasi cantik kaw - kaw.. Jeles pulak tengok blog orang laen come- come huhu.... 

Aku ingat bila usia blog ni cukup setahun aku nak tukar la penampilan encik blog ni... sekarang tengah fikir nak letak kaler apa..... kaler apa yag sesuai ek??? hijau? kuning? merah lagi? purple? hmmm tak taw la... kena fikir yang kreatif sikit baru lah tak jemu korang nak masuk blog aku kan?? Harap -harap tak ada yang jemu la... kalau ada yang bosan aku mintak maaf taw :) Maklumla baru nak berjinak dalam penulisan... 

Banyak benda yang ada dalam kepala otak aku ni untuk tahun 2013 yang berkaitan dengan blog dan my followers... Semuanya dalam perancangan... In Shaa Allah aku harap ianya berjalan lancar seperti yang aku harapkan....

Korang kalau ada idea yang bernas untuk aku meningkatkan lagi kualiti blg aku ni share lah ye... aku terima jer segala pandangan dan idea idea kalian semua.... tQ :)


Sunday, December 30, 2012

New year is coming

Alamak dah nak masuk tahun baru la... korang dah ready ke nak tempuh tahun baru?? Apa azam tahun baru korang?? Aku tak taw la nak berazam apa untuk tahun 2013... azam - azam aku yang sebelum ni pown belum tercapai....

Kalau dah masuk tahun baru maknanya umur aku pown akan berubah... dari 21 jadi 22... muda lagi tu... walaupun besday aku bulan 6 tapi aku rasa macam dah nak semakin tua hehehe... Ceh umur 22 dah boleh kawen taw... tapi sapa nak masuk minang aku.. tunggu putera kayangan la, tu pown kalau ada yang sudi.. Haha ~ tetiba perasan jap...

Sekolah pown dah nak bukak... sapa -sapa yang masih bersekolah lagi tu dah ready ke belum nak masuk sekolah balik?? Maklumla cuti lama... Jeles ni sebab belum cuti lagi... Final exam pown tak tak habis lagi... Adik -adik sekalian tak mo malas- malas taw... (^_^)
  
Tahun 2013 aku dah masuk sem 4... Hmm cepatnya masa berlalu... maknanya lagi setahun la aku akan tamat pengajian... OMG OMG tak sabar -  tak sabar haha... nampak sangat pemalas kan?? hehe


Zyraoxx's Blogbuster


30.12.2012 - 30.01.2013


sempat ke??



sempat tak aku nak capai target follower 500 orang untuk tahun 2012?? rasa macam tak sempat jer... lagi beberapa puluh orang nak cukup 500... kalau xsemapat pown tak pe lah, bukannya apa pown saje nak ngade haha :) 

apa- apa pun aku nak ucapkan terima kasih kat follower aku yang dah follow blog aku yang tak seberapa ni... Korang memang terbaik ah!!(^_^)....  macam hidup segan mati tak mau jer blog aku ni... sempat lagi ngutuk ek hehe


Saturday, December 29, 2012

MAKANAN KEGEMARAN RASULULLAH S.A.W

1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi perwatakkan dan wajahnya.

7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan. Menguatkan belakang,memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.

10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.

“Hati yang bersih dapat melahirkan pemikiran yang waras. Maka, ‘suapkanlah’ ia dengan makanan dari sumber yang halal dan berkhasiat.” ~Wallahullam

kopipasta dari fb


Wednesday, December 26, 2012

here I come!!



27.12.2012 till 17.01.2013
its have a gap u know
exam here I come!!

final exam start tomorrow....

guys, wish me luck!! (^_^)


Thursday, December 20, 2012

tahniah sis dan kepada mereka juga



semalam 19/12/12 result PMR keluar, jadi my beloved sister, adik aku yang keempat tidak terkecuali antara insan - insan yang ketaq lutut sebab nak pergi ambik result tu... hehehe

aku yang dok jauh ni pown nebes semacam jer, padahal zaman sekolah aku dah lepas pown... tumpang nebes utk adik hehe

semalam pukul 12 tengah hari macam tu aku call adik aku nak taw dia dapat bnyak mane... excited giler aku nak taw... dia cakap dia dapat 7A 1B weii!! Tahniah2!! aku bersyukur sangat sebab segala penat lelah dia  selama ni berbaloi... Alhamdulillah...  cayalah kau sis terer dari aku tu!! hehe.. aku dulu pown tak seterer kau... lalalaalala~

tak lupa jugak kepada sape2 yang result PMR semalam, tahniah aku  ucapkan... korang semua memang terbaik ah!! 

apa- apapun aku sangat2 berbangga dengan semua adik2 aku dan aku sayang mereka sangat2.... dan juga kepada my parents I LOVE BOTH OF U SO MUCH!!
LOVE MY FAMILY SO MUCH!! 
p/s: tunggu result SPM adik lelaki pulak


Wednesday, December 19, 2012

follow mengfollow kamuuu


selamat pagi semua... harap sihat- sihat semua... sekarang kat UUM ni dah macam cuti, ramai orang dah balik kampung sebab kebanyakkan kelas dah habis... line tenet pown dah agak laju hohohoh... Next week dah final exam... huhuhu nebes- nebes.... 

Entry kali ni aku nak cerita pasal follow mengfollow... ni bukan pasal aku nak buat segmen ke apa... ni pasal aku tak boleh nak follow blog korang yang tak ada follower widget.. sori sangat sebab kalau nak follow korang guna button follow yang come lote tu, tak boleh la sayang- sayang sekalian coz dah limit.. 


Kalau sape -sape yang follow blog aku, 99.9% aku akan follow korang balik... sebab aku ni jenis yang 'orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa'...faham semua... Habis tu yang tak ada follower widget mcm mane?? haa yang tak dapatlah aku nak follow... sori taw... nanti sayang- sayang sekalian letak taw benda alah tu kat blog ye... senang cikit aku nak follow korang balik... 

Saturday, December 15, 2012

domain .my dah bertukar

Alhamdulillah domain dah bertukar ke .my... suka sangat..hehehe... setelah bertungkus lumus selama 2 hari nak tukar domain .my akhirnya aku telah berjaya.... susah woo nak faham huhuhu... tetapi berkat kesabaran akhirnya aku berjaya... (^_^)... kepada kawan2 yang baru nak tukar gud luck ye... chaiyok2!!
ni alamat blog yang dulu:
geeazielove4eva.blogspot.com
ni pulak nama blog sekarang: 
www.geeazielove4eva.my
#thanks to blogger Innanie Ariffin 


Wednesday, December 12, 2012

fakta atau auta



SEBELUM COUPLE:

L: ye! abg dh lme tnggu saat nie! 

P: abg nk tngglkn syg ke? 

L: mestilah x? tolong jgn fkir mcm 2. xmngkin trjadi!!

P: abg cntakn sygkan?

L: ye,setiap saat.

P: abg prnh tipu syg x?

L: X! nape syg sllu tnye cm2?

P: abg akn selalu kluar dengan syg tk?

L: stiap kali ada pluang abg tk kan lepaskn.

P: abg akn pkul syg?

L: giler ke?abg bkn llaki cm2!

P: bleh ke syg prcyekn abg?

L: yaa!

P: syg!

SELEPAS COUPLE:

baca dari bawah hingga atas 

sumber: kopipasta fb

Tuesday, December 11, 2012

ALHAMDULILLAH

Assalamualaikum...

Hai korang, aku menang GA wei... xde la hadiah utama.. tapi menang la... no aku telah terpilih oleh hencik random.. xsangka betol... korang tgk bawah ni siap print screen lagi...

klik gambar utk besarkan...

nampak kan?? aku join segmen ni....
aku menang pulak di sini.... hehe
terima kasih awk... :)

kalau nak kenal lebih lanjut lagi siapa empunya klik la link 2...


Monday, December 10, 2012

rahsia tahi lalat

Assalamualaikum....

bibir atas kanan – banyak rezeki, pandai
bibir atas kiri – ramai kawan, baik hati
bibir bawah kanan – disegani orang, ramai yg suka
bibir bawah kiri – pandai bicara, tak mudah kalah
leher kanan – cerdas, jujur, berani menderita
leher kiri – cerdas dlm segala hal dan banyak pengetahuan
leher di tengah – tercapai cita-cita
biji mata kanan – suka serong dan pembohong
biji mata kiri – pembohong tetapi baik hati
hujung mata kanan – baik hati, sopan santun, cerdas
hujung mata kiri – baik budi, murah rezeki
punggung kanan – agak mengalami kesulitan
punggung kiri – malas dan suka duduk
betis kanan – suka berhibur, boros
betis kiri – rajin,tidak suka menganggur
lutut kanan – bersikap tidak peduli dan tak mahu berusaha
lutut kiri – kurang kuat berusaha
kepala sebelah kanan – terkabul cita-cita
kepala sebelah kiri – sering menemui kesusahan
kepala sebelah belakang – jujur, sabar dan tekun
kening kanan – cerdas dan cekap
kening kiri – cerdas, sopan santun
tengah kening – keras hati, berani segala hal
hujung mulut kanan – kecil rezeki, tak mudah kalah
hujung mulut kiri – suka berpoya-poya
ketiak kanan – dapat menyimpan rahsia
ketiak kiri – jujur, banyak yang cinta
pergelangan kaki kanan – suka berpergian (keluar rumah)
pergelangan kaki kiri – kehendak kuat
batang hidung – banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya
pada hidung – banyak rezeki
dagu bawah kanan – jujur dan baik hati
dagu bawah kiri – bijak sana dan berbudi luhur
kemaluan kanan atau kiri – baik, suka senggama
di kepala kemaluan (lelaki) – bakal beristeri ramai
tumit kanan – jujur dan banyak kawan
tumit kiri – baik budi
alis kanan – suka menolong, baik hati
alis kiri – ramai yang suka
pangkal peha kanan – kemahuan kuat
pangkal peha kiri – suka kerja apa pun
telapak kaki kanan – tak mudah mengeluh
jari kaki kanan – suka menolong
jari kaki kiri – berbudi, suka berbuat baik
bahu kanan – cermat dlm membuat keputusan, banyak tanggungan
bahu kiri – suka kerja keras, banyak tanggungjawab
buah dada kanan – baik hati, pendiam,simpan rahsia
buah dada kiri – ramai kawan, setia pada pasangan
lengan kanan – setia dan taat pada atasan
lengan kiri – menepati janji dan rajin

cer tengok... ada sama tak??? hhehehe

Sunday, December 9, 2012

merasa juga akhirnya

Assalamualaikum....


sumber gambar: ntah blog sape2... mintak gambar taw (^_^)

Dah lama teringin nak rasa benda tu, akhirnya malam ni baru dapat... walaupun sedikit, tetapi nikmatnya memang tidak terkata... huhuhu... apa lagi DURIAN CREPE la... kesian kat aku, orang laen dah lame rasa, aku baru jer dapat rasa... tapi apa kesah, walaupun lambat at least ada... heheehe

Aku dah lama kempunan nak makan durian tu tapi tak terorder pulak, kat UUM ni ramai jer yg ambik order durian crepe, tapi aku jer yg malas nak order tunggu nak makan yang free jer... hehehe.. teruk bebenor aku ni... aku ni saje jer nak rasa bukan nak nak makan sampai kenyang... ikut orang kan, kalau orang laen makan aku pown nak makan jugak....

Alkisahnya begini,~ ceh tetiba... Ada membe datang bilik malam tadi.. mase tu aku tengah menyibukkan diri depan laptop tengah on9.... dia panggil aku, ingatkan ada apa la... pegi jer dekat dia, dia hulur durian tu... terkejut la aku... benda ada depan mata kowt... aku pown apa lagi, terus jer merasa... hmmmm nikamatnya, sedap sangat taw... dah lama agaknya aku tak makan durian ni... hehehe.... Ain nak lagi huhuhu... nanti aku nak makan lagi.. tapi kena beli sendiri la... 


Saturday, December 8, 2012

nak hadiah hebat tak???

Assalamualaikum....
Hai korunks2 hehe... ok straigh to da point....korang suka x kalau dapat benda free.... opkos la kan... aku lagi la, pantang dengar benda free terus nak grab... kalau dapat domain .my free korang nak??? free setahun jer.. lepas tu utk tahun tahun seterusnya kena bayar RM20 jer setahun... mahal tak?? bagi aku ok la 2... ok la 1st year dapat free... aku dah daftar cuma tunggu pengesahan jer... maybe 2-3 hari lagi baru dapat pengesahan... kalau korang berminat boleh la ke blog akak ni COKLATEYES untuk detail lagi.. aku nak cakap panjang2 xpandai... hehe...

Lepas korang dah masuk ke blog tu, pandai2 korang usha entry2 yg berkaitan... grab it now sebelum terlambat ... promosi ni sampai 25 Disember 2012 jer untuk 1500 yang terawal.... takkan nak tengok jer... jom la sama2 naikkan rating blog... (^_^)...


Monday, December 3, 2012

Happy Birthday to Them...

Assalamualaikum...



Hari ni 3.12.12 adalah lahir adik aku yg paling bongsu... tahun ni umur dia 4 tahun... tahun depan dah nak masuk sekolah... dah besar rupa- rupanya dia... rindu~

atas ni gambar adik -adik aku... yang tengah tu la birthday gurl... comel kan...

adik, selamat hari lahir.. kak Long rindu sgt kat adik.. jgn nakal2 taw.. nanti cuti ni kita jumpa... In sha Allah kak Long belikan adik hadiah :) 

Hari ni jugak merupakan hari Lahir kawan aku... Haslisa namanya... Dari first aku masuk u sampai sekarang kami kawan.. tambahan pulak, kami satu asrama, satu blok dan bilik sebelah menyebelah... Dia seorang yg baik dan happy go lucky... best dapat kawan mcm dia... :)

birthday gurl yg paling tinggi tu... 

kepada sahabatku Haslisa, selamat hari lahir... semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki... may Allah Bless you... gud luck in your study n your life.. dun 4get me...