Saya mencintai seseorang lelaki yang amat baik pada pandangan saya.
Bagaimanapun dia bukan beragama Islam. Kami saling mencintai antara satu
sama lain. Walaupun dia amat mencintai saya, apa yang pasti ialah dia
tidak mahu menukar agama. Dia memberi alasan akan kehilangan keluarga terutama ibu bapanya
kerana mereka tidak merestui perhubungan kami. Apa yang merisaukannya
ialah dia anak sulung dan anak tunggal lelaki dalam keluarganya. Saya
sering memberitahu mengenai keistimewaan Islam. Pelbagai usaha saya
lakukan seperti menghadiah padanya buku solat, tapi saya tidak tahu
adakah hati dia benar-benar bersedia menerima Islam. Dia sering kata dia
sudah bersedia, tetapi bila saya suruh tukar agama ke agama Islam, dia
takut. Saya semakin buntu. Saya mencintainya namun tidak sanggup menggadaikan agama kerana rasa sayang padanya.
DI PERSIMPANGAN DILEMA,
Melaka
Jelas sekali, adik menghadapi tekanan dan konflik antara tuntutan emosi dengan agama. Jawapan kepada permasalahan adik sangat jelas. Jika kekasih adik ingin berkahwin dengan adik, dia perlu memeluk agama Islam terlebih dulu. Ketakutan kekasih adik untuk bertukar agama kerana tidak mahu kehilangan keluarga dan ibu bapanya adalah petunjuk bahawa dia belum bersedia untuk menjadi seorang Muslim.
Kesan kepada ketidaksediaan kekasih untuk menukar agamanya ke agama Islam ialah adik perlu bersedia untuk menghadapi kesan perpisahan dari sudut emosi.
Memutuskan hubungan dan melupakan seseorang memang sukar. Ia menuntut kesediaan emosi dan psikologi yang tinggi. Jelasnya, adik perlu lalui ini semua dengan perasaan yang tenang dan kuatkan semangat. Secara realitinya untuk melupai seseorang yang sudah terjalin hubungan emosi sukar dilakukan.
Sesuatu perhubungan yang berkonflik jika diteruskan akan lebih berbelit-belit kesudahannya. Jika perhubungan adik itu tanpa ada kesudahan yang dibenarkan dalam agama, ia akan lebih menyulitkan pada masa-masa akan datang. Semakin lama masa yang perlu diambil kekasih adik untuk membuat keputusan sama ada mahu menukar agamanya ke agama Islam atau tidak, semakin meletakkan perhubungan adik dengan dia dalam situasi sukar.
Semakin lama jalinan jiwa, rasa dan emosi bertaut antara adik dengan kekasih adik itu, semakin menyulitkan keadaan. Mintalah kekasih adik membuat keputusan segera. Apapun keputusannya, adik perlu bersedia menghadapinya.
Semanis mana pun hubungan adik berdua, batasan antara perkara yang boleh dan dilarang dalam agama Islam dalam sesuatu perhubungan itu perlu wujud. Dr sentiasa mendoakan adik tenang dalam menghadapi situasi sebegini dan mengharapkan yang terbaik untuk adik.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/11/25

1 comment:
thanks for sharing :)
Post a Comment