Selepas putus cinta, macam-macam pekara yang akan kita lakukan. Tidak
di nafikan, adakalanya perbuatan seperti ini dapat mengurangkan rasa
sedih yang terbuku di dalam hati.
Namun adakah ia berbaloi ? Hati-hati jangan sampai kamu tersalah
langkah akhirnya kamu sendiri yang akan malu dengan tindakan luar
kawalan kamu sendiri.
Di sini REMAJA akan kongsikan 7 pekara yang TIDAK BOLEH kamu lakukan sebaik sahaja putus cinta.
✲ UPDATE STATUS ‘MEROYAN’
Tak perlu ‘update’ status pelik-pelik hanya untuk menarik perhatian si
dia mahupun orang lain. Bukan apa, bila kamu menulis sesuatu ketika
sedang bersedih, macam-macam perkataan dan ayat yang tidak di jangka
akan di keluarkan. Silap-silap hari bulan, bukannya orang kesian tetapi
orang naik meluat lagi adalah. Sekali sekala boleh lah di maafkan tetapi
kalau dah setiap minit status kamu muncul di newsfeed friend list kamu
itu memang melampau!
✲ MENYANYI LAGU SEDIH
Selepas putus cinta pasti kamu mengharapkan satu semangat yang baru
untuk bangikt bukan ? Tetapi apalah maksudnya kalau setiap kali pergi
karoke atau dengar lagu je pasti kamu akan pasang lagu ‘patah hati’
macam mana nak bangkit ? Betul tak ? Apa kata, buat masa ni buang
lagu-lagu sedih di playlist kamu dan cuba biasakan diri mendengar
lagu-lagu yang boleh memberi kamu semangat baru yang positif!
✲ SMS SIMPATI
Elakkan diri daripada menghantar SMS simpati pada bekas kekasih. Tak
perlu lah kata kamu menghidapi penyakit atau kononnya mahu pindah dari
Malaysia. Semua teknik itu tak akan mengubah hatinya untuk kembali
bersama kamu. Buat apa nak di paksa, biarkan sahaja si dia kejar apa
yang dia mahukan.
✲ BERKURUNG DIRI DI DALAM BILIK
Mengapa mesti kamu bersedih hingga berbulan-bulan ? Yang rugi
sebenarnya bukanlah kamu tetapi dia. Kamu kehilangan seseorang yang
tidak mencintai kamu tetapi dia kehilangan seseorang yang amat mencintai
dirinya. Oleh itu, bangkit dan buktikan si dia kehilangan pasangan
seperti kamu adalah sesuatu yang sangat merugikan.
✲ UPLOAD VIDEO MEREPEK DI YOUTUBE
Tak kiralah sama ada kamu sedang di lamun cinta atau sebaliknya, tetapi
jangan sesekali cuba mengupload video-video yang boleh menyebabkan kamu
menangung malu. Kalau macam ni, memang gelaplah harapan kamu.
Tentu-tentu si dia akan malu mahu berdamping lagi dengan orang yang suka
menimbulkan kontroversi betul tak ?
✲ BERHUBUNG DENGAN SAHABATNYA
Ini tidak bermaksud kamu harus terus putuskan hubungan kamu dan
kawan-kawan paling rapat dengan bekas kekasih. Tetapi kata orang,
elokkan rengangkan sedikit keakraban yang terjalin. Bukan apa, nanti
kamu juga yang akan sakit hati bila dengar perkembangan bekas kekasih
kamu selepas putus.
✲ CARI PENGANTI
Stop! Ini bukan masanya untuk kamu cari penganti. Ramai yang tidak
ambil serious tentang pekara ini. Sebaiknya cuba kamu habiskan masa
untuk mengenali semula siapa diri kamu dan apa kelebihan kamu. Jangan
sia-siakan masa, sementara kamu ada masa untuk melayan diri apa kata
gunalah peluang ini sebaiknya. Sebenarnya inilah masanya untuk kamu
bergerak bebas ke sana- sini tanpa memikirkan orang lain dang tiada
siapa yang akan menyekat kebebasan kamu.
ooo orang puang ... mung bangung pagi , mung gerok suami , mung ajok suami berjemooh , mung jd makmung , mung masok , mung gosok baju suami , mung sedie kasut stokeng untuk suami , mung kuca tea , mung ato suami ke pitu pago , mung cium tangang ye ... mung mitok maah ... mung dok rehak ... mung basoh baju pulok , mung pon lipak baju , mung kene tunggu van ikang pulok , mung beli laok maok , mung masok pulok , mung siang ikang , mung potong sayor , mung ggoreng ... mung letih ... mung dok rehak ...
tengohari , anok anok balik , anok tu lepo beg ngate , mung sabo , anok tu wak bising , mung redho , anok tu wak hhanya , mung senyum , anok tu nangih , mung tetak manih ... mung taboh ... mung dok rehak g ... mung hidang makang tengohari ke anok , mung tukang suap , mung tukang basuh , mung tukang lap , mung tukang kkemah ...
sapa petang ... mung dok rehak ... suami pulok balek , mung belari cium tangang ye , mung mitok maah , mung hidang ke dye minung petang, mung bagi senyumang ke ye , mung hiborkang ati ye ... mung letih ... mung nyando tepi meseng nyo ...
garib tibe , mung ajok suami g ddengo kuliah , mung sedie juboh suami , mung sarong ppioh suami, mung hiborkang lagi , lagi dan lagi ...
malang tibe , mung jd permaysuri , mung bahagiakan suami , mung jd bidadari ... dengan jalan ninglah mung akang dapak syurge ... amiin..
1) Kuih ape yang bungkusnya di dalam, isinya di luar? Answer: Kuih salah bikin 2) Binatang ape power Karate? Answer: Kuda belang..cube kira brape black belt dia ade 3) Siape yang menemukan dompet kulit? Answer: Yang menemukan dompet kulit tersebut tolong pulangkan kepada saya 4) Pintu ape yang walaupun dengan 10 org pun tak leh nak tolak? Answer: Pintu yang ade tulis 'TARIK' 5) Saya ade 3 kepala, 4 tangan dan 5 kaki...siapakah saya? Answer: Pembohong 6) Apa dia 'Jauh di mata, dekat di hati'? Answer: Usus 7) Binatang ape yang seluruh anggota tubuhnya kat kepala? Answer: Kutu rambut 8) Nenek sape jalannya meloncat-loncat? Answer: Neneknye si katak 9) Kenape lelaki jarang kene. penyakit anjing gila? Answer: Sbb lelaki ni kan 'buaya'. 10) Ape persamaan Michael Jordan ngan MichaelJackson? Answer: Dua-dua tak kenal korang...hehe 11) Tukang ape yang kalau dipanggil, die menjenguk ke atas? Answer: Tukang gali kubur. 12) Nak mencari sikit punye susah, bile dah dapat buang, ape bendanya? Answer: Tahi hidung. 13) Ape persamaan kain jemuran ngan telefon? Answer: Dua-dua kalau dah 'kringgg' bole diangkat...
14) Knape pokok kelapa kat depan rumah harus ditebang? Answer: Mestilah kene tebang, sape nak cabut pokok kelapa ...gile ape...
15) Gajah terbang dengan ape? Answer: Dengan susah payah hehe
MASA bergerak begitu pantas. Dalam diam kita sudah memasuki tahun
baru Masihi 2013. Ia menandakan usia kita kian berganjak dan semakin
tua.
Apabila tahun baru menjelma, pasti ramai bersemangat dengan azam baru
masing-masing. Apabila ‘wish’ selamat tahun baru, soalan wajib selepas
itu pastinya “Apa azam untuk tahun baru?”
Nak berazam perlu tunggu tahun baru saja ke? Setahun ada 365 hari
manakala tahun itu juga adaah himpunan antara hari. Dari hari-hari
itulah menjadi setahun.
Jadi azam tahun baru sebenarnya mesti diukir setiap hari. Jika azam
sekadar sebutan dan hanya rutin serta pakej sambutan tahun baru saja,
sudah tentu tidak ke mana.
Paling tidak hangatnya sekadar hangat-hangat tahi ayam saja. Berazam
macam nak rak tapi apabila sampai tahun baru yang seterusnya, satu azam
pun tidak tercapai lagi.
Selepas itu, pandai-pandai saja buat azam baru. Setiap hari, setiap
waktu umur kita akan bertambah sama ada memasuki tahun baru atau tidak.
Hayat kita tetap bertambah singkat dan ajal semakin dekat. Setiap
kita disuruh berazam ke arah yang lebih baik, sama ada menjelang atau
belum tahun yang baru.
Itulah kehidupan dan jiwa seorang Muslim. Masa tidak selalu menunggu kita.
Kebaikan jangan ditangguh, keburukan jangan ditanggung. Jangan menunggu tahun baru untuk berubah kepada yang lebih baik.
Jangan menunggu tahun baru untuk meninggalkan keburukan. Itulah
fenomena hidup kita seharian. Hijrah sudah tak jadi gah sehebat
sejarahnya.
Baca sejarah tapi hilang ceritanya atau rohnya. Jadi sempit dan
apabila sudah jadi sempit, kefahaman pun mula mengecil dan apabila
kefahaman mengecil, penghayatan pun makin menguncup, hasilnya hijrah
tinggal sejarah.
Ramai yang gagal mencapai azam kerana mereka tidak mempunyai kesungguhan dan beranggapan azam itu tidak penting.
Ada juga yang menetapkan azam yang terlampau banyak sehingga tidak sempat untuk dicapai pada tahun itu.
Azam perlu dibuat secara berperingkat. Selesai satu azam, buat azam
baru pula. Sepatutnya tahun baru dijadikan sebagai kayu pengukur kepada
apa yang dilalui sepanjang setahun.
Berdasarkan apa yang berlaku sepanjang tahun, mudahlah untuk
merancang perkara lebih baik untuk tahun seterusnya. Berusaha berubah
kepada yang lebih baik perlu menjadi matlamat Muslim setiap masa.
Sesiapa yang hidupnya hari ini tidak berubah menjadi lebih baik
daripada semalam, bermakna mempersia-siakan peluang hidup pada hari
sebelumnya.
Begitu juga pada azam, tidak perlu menunggu saat tibanya tahun baru.
Lakukanlah segera kerana usia tidak akan menanti kita. Perkara yang
paling hampir pada diri kita adalah kematian.
Untuk berubah, demi azam baru, di sini mari sama-sama kita berkongsi
tip bagaimana hendak laksanakan azam yang kita pasang selama ini.
Mulalah dengan mengubah diri sendiri supaya anda menjadi lebih
yakin dengan diri anda sendiri. Orang lain juga akan lebih yakin dengan
diri anda.
Mana mungkin jika anda mahu mengajak orang lain berubah sedangkan
diri anda sendiri masih berada pada takuk lama. Nanti orang akan cakap
yang anda seorang yang cakap tidak serupa bikin. Cakap pandai tapi buat
sendiri tak pandai.
Mula melakukan perubahan secara perlahan-lahan. Tidak dinafikan
sememangnya sukar untuk terus berubah dalam masa singkat atau dalam
tempoh sekelip saja.
Jika ia dilakukan secara perlahan-lahan, dengan izin Allah anda akan
dapat berubah seperti apa yang anda inginkan. Walaupun perlahan, anda
akan dapat mengalami perubahan yang besar dalam diri.
Lakukan perubahan pada masa sekarang juga. Jangan bertangguh untuk
tempoh yang lebih lama lagi. Ini kerana semakin lama anda bertangguh
untuk berubah maka ia akan menjadi semakin melarat dan semakin susah
untuk melakukannya.
Perkara yang kecil akan jadi lebih besar jika ia terus dibiarkan.
Jadi, ambillah masa yang ada sekarang untuk berubah dan mendapat hasil
yang baik pada masa akan datang.
Berusaha untuk berubah dengan niat yang ikhlas dan lakukannya
dengan bersungguh-sungguh. Anda perlu memaksa diri anda untuk berubah
dengan sepenuh hati. Jika diri anda tidak dipaksa, anda seolah-olah
memanjakan diri anda untuk berubah.
Nafsu anda juga akan menjadi semakin degil jika tidak dipaksa. Kawal nafsu anda dan jangan biarkan nafsu yang mengawal diri.
Apabila anda berjaya melakukan perubahan dalam diri maka anda perlu
mengulangi perubahan itu sehingga ia menjadi sebati dengan diri. Jika
perubahan hanya dibiarkan begitu sahaja, anda hanya akan berjaya untuk
berubah seketika dan selepas itu akan kembali kepada takuk lama.
Oleh itu, jangan sia-siakan perubahan yang anda lakukan. Anda perlu sentiasa melakukannya.
Kesimpulannya, kita perlu berubah untuk menjadi orang yang lebih
baik kerana ia sangat dituntut dalam Islam. Tapi jangan pula berubah
kerana disebabkan orang lain.
Kita perlu ikhlas untuk berubah demi kebaikan diri anda sendiri.
Selepas itu bolehlah mengajak orang lain untuk berubah sama. Jika
dilakukan dengan niat dan cara yang betul, insya-Allah orang lain akan
dapat berubah seperti yang diharapkan.
Kita juga mendapat ganjaran pahala jika berjaya mengajak orang lain
berubah. Cuma awas berubah jangan jadikan ia upacara bermusim berubah
dan beristiqamah sehingga menemui Allah.
Sesungguhnya Allah menciptakan hidup dan mati itu untuk menguji siapakah yang paling baik amalannya.
Tiada siapa yang suka dengan masalah ‘buncit’kan ? Masalah buncit juga
boleh menyebabkan seseorang itu hilang keyakinan diri! Jadi tunggu apa
lagi, jom kita ucapkan selamat tinggal pada masalah buncit dengan
melakukan 9 pekara di bawah!
1) KERAP MINUM AIR MASAK
Mendapatkan jumlah air yang banyak dapat menjamin fungsi hempedu yang
lebih efektif sewaktu proses pembuangan air. Jadi, lebih kerap kamu
membuang air lebih banyak lah segala sisa makanan yang terkumpul di
dalam perut keluar
2) BANYAKKAN KUNYAHAN
Sewaktu menikmati hidangan makanan, jangan terburu-buru ketika makan.
Pastikan setiap makanan yang masuk di dalam mulut di kunyah sebanyak 44
kali atau kunyah sehingga cebisan makanan menjadi kecil dan mudah untuk
di hadam. Makanan yang sukar di hadam akan menyebabkan perut kamu
kembung dan tidak hairanlah mengapa selepas itu ia menjadi buncit.
3) MAKAN MAKANAN YANG PENUH SERAT
Makanan yang serat adalah penting dalam pyramid makanan. Untuk
mengimbangi kuantiti air dalam tubuh badan. Malah, amalan memakan
sayur-sayuran yang bewarna hijau dan buah-buahan seperti epal dan pear
dapat membantu proses penjagaan penyakit perut buncit.
4) KURANGKAN GARAM DALAM MAKANAN
Terlebih garam dalam makanan juga tidak di galakan, ini kerana ia akan
menambah ekstrak sodium terhadap cairan dalam tubuh dan melambatkan
proses pengaluaran air dari sel badan. Akibanya perut kamu akan jadi
kembung dengan gas-gas yang terbentuk dan mula membuncit!
5) KERAP MEMBUANG AIR
Jika kamu terasa seperti ingin membuang air kecil atau besar, jangan
tahan. Cepat-cepatlah ke tandas, biarkan segala toksin dalam badan
keluar dari tubuh kamu. Jangan di simpan! Nanti kamu juga yang merana.
6) KELUARKAN PELUH
Jika kamu seorang yang kurang kerap ke tandas, apa kata kamu keluarkan
segala toksin yang tersimpan dengan cara lakukan senaman atau apa sahaja
aktiviti yang dapat mengeluarkan peluh. Lebih elok sekirannya kamu
jadualkan waktu senaman kamu. Bukan kata hilang buncit, badan kamu juga
akan menjadi sihat dan kuat.
7) BERHENTI MAKAN UBATAN YANG TIDAK PENTING
Ada sesetengah kajian mengatakan, pengambilanubat-ubatan adalah salah
satu faktor perut buncit. Contoh seperti ubat Aspirin. Jika kamu kerap
mengambil ubatan ini ia akan menyebabkan timbulnya penyakit lain seperti
sembelit.
8) ‘SIT-UP’ SEBELUM DAN SELEPAS TIDUR
Jika kamu rajin melakukan sit-up sebelum dan selepas kamu bangkit dari
tidur ia dapat membantu kamu mengempiskan perut yang buncit itu. Teknik
ini sangat di galakan kerana segala oto-otot di perut akan ‘bekerja’ dan
menyebabkan sistem pembakaran lemak juga berjalan dengan lancar.
9) KURANGKAN MINUM AIR MANIS
Air manis memang sedap untuk di minum, tetapi jika di ambil dengan
kuantiti yang banyak dan kerap ia akan menyebabkan segala kamu mendapat
penyakit yang tidak di ingini seperti kencing manis dan sebagainya.
Jadi, kurang-kurangkanlah pengambilan air manis. Lebihkan minuman air
masak seperti yang di sarankan di atas.
“dah macam-macam diet saya cuba tapi gagal je! Kenapa ya ?”
Pernah tak kamu terfikir seperti ini ?
Hmmm, mungkin ada sesuatu yang membuatkan diet kamu gagal. Jadi jom
ketahui 6 ciri-ciri diet yang salah tapi sering kita lakukan sewaktu
menurunkan berat badan.
☛ DIET YANG TIDAK KONSISTEN
Ini penyebab mengapa diet kamu selalu gagal. Di awal diet, semangat
kamu begitu berkobar-kobar, namun di pertengahan kamu mula melanggar apa
yang telah kamu lakukan. Untuk mendapatkan berat badan yang ideal, kamu
perlu konsisten dan berdisiplin! Tanamkan semangat dalam diri dan
sentiasa ingat “untuk kelihatan cantik kamu perlu menanggung kesakitan
sekejap”.
☛ TIDAK BERSARAPAN
Alasan mengapa sarapan itu adalah penting kerana apabila kamu bangun
tidur, tubuh telah berpuasa selama lapan jam lebih. Tubuh memerlukan
nutrisi secepat mungkin dan jika tidak di penuhi, ia akan mengambil
nutrisi yang ada di otot dan kesannya akan merosakkan metabolism. Ini
secara tidak langsung telah membuatkan tubuh kamu kehilangan
kemampuannya dalam membakar lemak.
☛ PENGGUNAAN UBAT PELANGSING
Banyak pil diet di pasaran yang dapat menghancurkan lemak. Namun tidak
ada penelitian yang boleh membuktikan khasiatnya. Namun begitu,
pengambilan ubat diet belum tentu memberikan kesan kepada apa yang kamu
mahukan.
☛ DIET TANPA BERSUKAN
Jika kamu sudah berusaha semaksimum mungkin mengatur pola makan sihat
namun berat badan tidak juga turun, cubalah melakukan senaman seperti
olahraga atau pergi ke gim. Ia boleh menjadi satu altenatif untuk
pembakaran lemak. Kamu tidak perlu takut badan akan menjadi berotot
seperti lelaki, sebaliknya seimbangkan ia dengan suplimen khas untuk
kecergasan.
☛ SAIZ HIDANGAN
Tidak makan atau makan terlalu sedikit sangatlah salah! Idealnya, kamu
perlu makan tiga kali saiz hidangan yang besar dalam sehari dan
seimbangkan dengan dua saiz hidangan yang kecil. Tubuh badan kamu akan
lebih mudah mencerna dan kamu tidak tidak akan merasa cepat lapar.
☛ KURANG TIDUR
Tidak cukup tidur menjadi faktor badan kamu letih dan lesu sekali gus
menghalang penurunan berat badan berlaku. Bayangkan jika tidak cukup
tidur, perut akan selalu lapar dan kamu akan makan untuk menghilangkan
rasa lapar tersebut. Jadi, bagi mengelakan berat badan bertambah
pastikan kamu tidur sekurang-kurangnya lapan jam.
Madu mempunyai 1001 kebaikan dan khasiat. Tak di nafikan, ia sangat
baik untuk sistem badan kita. Namun, sejauh mana kita tahu khasiat madu ?
Jom ikuti REMAJA, berkongsi maklumat tentang khasiat madu mengikut kategori dan fungsinya terhadap badan.
BAGUS UNTUK KULIT, RAMBUT DAN MATA
Madu mampu menjadikan rambut dan mata lebih sihat dan bersinar. Ia juga
boleh membuatkan penglihatan seseorang lebih terang dan jelas. Jika
kulit kamu mengalami kecederaan, madu juga mempercepatkan proses
penyembuhan kecederaan kulit apabila di sapukan di kawasan yang luka.
Malah, ia juga dapat melindungi daripada jangkitan kuman. Dengan
mengamalkan pengambilan madu setiap hari, kulit akan lebih sihat, halus
dan kelihatan lebih muda. Jangan terkejutlah jika ada yang tanya tip
penjagaan kulit!
BAIK UNTUK SISTEM PENGHADAMAN
Buat pengetahuan kamu, selain daripada memberi kesan cantik pada si
pengama. Ia juga dapat menguatkan sistem penghadaman. Malah, kamu juga
dapat elakan diri daripada kerap terkena keracunan makanan. Bukan itu
sahaja, Ia juga melancarkan sistem urinari (sistem buang air kecil).
SIHAT UNTUK SISTEM PERNAFASAN DAN KERONGKONG
Jika kamu sedang mengalami sakit tekak dan batuk, madu mujarab untuk
melegakan batuk yang berpanjangan. Selain itu, ia bertindak untuk
menguatkan penafasan dan mengurangkan asma atau lelah.
MENGUATKAN TENAGA BADAN
Madu dapat menguatkan badan seorang wanita terutamanya jika si dia
sedang mengandung. Ini kerana madu adalah makanan tenaga semula jadi .
Jadi madu tidak akan memberi sebarang tindak balas yang negatif pada
individu yang mengambilnya setiap hari. Walaupun madu agak manis, namun
ia mampu mengawal kandungan gula dalam darah jika kamu mengambil madu
secara berterusan.Ia juga sumber gula alternative yang semulajadi untuk
pesakit buah pinggang dan kencing manis. Ia juga mampu mengembalikan
tenaga selepas cirit-birit dan haid yang berterusan.
GIZI MAKANAN
Madu sangat di perkaya dengan zat mineral dan gula semula jadi yang
mudah untuk di hadam. Ia juga memudahkan serapan kalsium dalam badan.
Saya mencintai seseorang lelaki yang amat baik pada pandangan saya.
Bagaimanapun dia bukan beragama Islam. Kami saling mencintai antara satu
sama lain. Walaupun dia amat mencintai saya, apa yang pasti ialah dia
tidak mahu menukar agama. Dia memberi alasan akan kehilangan keluarga terutama ibu bapanya
kerana mereka tidak merestui perhubungan kami. Apa yang merisaukannya
ialah dia anak sulung dan anak tunggal lelaki dalam keluarganya. Saya
sering memberitahu mengenai keistimewaan Islam. Pelbagai usaha saya
lakukan seperti menghadiah padanya buku solat, tapi saya tidak tahu
adakah hati dia benar-benar bersedia menerima Islam. Dia sering kata dia
sudah bersedia, tetapi bila saya suruh tukar agama ke agama Islam, dia
takut. Saya semakin buntu. Saya mencintainya namun tidak sanggup menggadaikan agama kerana rasa sayang padanya.
DI PERSIMPANGAN DILEMA,
Melaka
Jelas sekali, adik menghadapi tekanan dan konflik antara tuntutan
emosi dengan agama. Jawapan kepada permasalahan adik sangat jelas. Jika
kekasih adik ingin berkahwin dengan adik, dia perlu memeluk agama Islam
terlebih dulu. Ketakutan kekasih adik untuk bertukar agama kerana tidak
mahu kehilangan keluarga dan ibu bapanya adalah petunjuk bahawa dia
belum bersedia untuk menjadi seorang Muslim.
Kesan kepada ketidaksediaan kekasih untuk menukar agamanya ke agama
Islam ialah adik perlu bersedia untuk menghadapi kesan perpisahan dari
sudut emosi.
Memutuskan hubungan dan melupakan seseorang memang sukar. Ia
menuntut kesediaan emosi dan psikologi yang tinggi. Jelasnya, adik
perlu lalui ini semua dengan perasaan yang tenang dan kuatkan semangat.
Secara realitinya untuk melupai seseorang yang sudah terjalin hubungan
emosi sukar dilakukan.
Sesuatu perhubungan yang berkonflik jika diteruskan akan lebih
berbelit-belit kesudahannya. Jika perhubungan adik itu tanpa ada
kesudahan yang dibenarkan dalam agama, ia akan lebih menyulitkan pada
masa-masa akan datang. Semakin lama masa yang perlu diambil kekasih
adik untuk membuat keputusan sama ada mahu menukar agamanya ke agama
Islam atau tidak, semakin meletakkan perhubungan adik dengan dia dalam
situasi sukar.
Semakin lama jalinan jiwa, rasa dan emosi bertaut antara adik dengan
kekasih adik itu, semakin menyulitkan keadaan. Mintalah kekasih adik
membuat keputusan segera. Apapun keputusannya, adik perlu bersedia
menghadapinya.
Semanis mana pun hubungan adik berdua, batasan antara perkara yang
boleh dan dilarang dalam agama Islam dalam sesuatu perhubungan itu perlu
wujud. Dr sentiasa mendoakan adik tenang dalam menghadapi situasi
sebegini dan mengharapkan yang terbaik untuk adik.
“Pakai gincu warna merah ?? eiwww tak nak lah! Menyerlah sangat malu kalau orang pandang!”
Waittt! Jangan macam tu. Buat apa nak malu ? Merahkan melambangkan
keberanian! Patutnya kamu berbangga bila memakai gincu yang melambangkan
aura positif! Di sini REMAJA kongsikan 8 cara yang betul untuk
peragakan gincu merahmu agar kamu lebih yakin dan selesa dengan
penampilan mu.
✽ GUNA TEKNIK ‘GIRL POWER’
Bak kata orang putih “With a shade this flirty, let your lips do all
the talking”. Sambil berborak, jangan lupa gunakan jari jemari kamu
yang runcing itu untuk ‘memintal-mintal’ rambut sekali ya dan gunakanlah
apa juga trik mengoda yang kamu ada untuk membuatkan semua terpaku
melihat ‘aura’ gincu merah kamu. Tapi hati-hati jangan terlalu mencuba
takut nanti ada pula yang mengelar kamu murahan.
✽ IKALKAN RAMBUTMU.
Rambut memang memainkan peranan dalam membentuk wajah seseorang. Jadi,
apa kata ikalkan rambut mu kemudia calitkan gincu bewarna merah (bold)
di bibir. Wowww! Kamu pasti kelihatan hebat!
✽ GO SPORTY!
Bergincu merah tidak bermaksud kamu perlu bergaya ala-ala ‘ladies’ dan
formal. Kamu juga boleh mengenakan gaya ala-ala sporty dan bersahaja.
Gabungkan ikatan rambut tocang yang tinggi dan jeans skinny yang sempoi.
Pasti kamu akan kelihatan stunning!
✽ KENAKAN GAYA ALA-ALA VINTAGE
Untuk nampakkan lagi ‘aura’ gincu merah, apa kata kenakan gaya ala-ala
vintage seperti Taylor swift. Jangan lupa aplikasikan ‘cat-eyeliner’ di
bahagian mata. Teknik ini pasti akan membuatkan kamu kelihatan manis dan
menawan seperti gadis-gadis zaman Victoria.
✽ POTONG RAMBUT GAYA PIXIE!
Bila mengenakan gincu merah di bibir, apa kata buat potongan rambut
gaya pixie untuk nampak lebih ‘bold’ dan ganas! Hmmm, tapi pastikan
rambut kamu bewarna hitam bukannya perang. Barulah nampak seperti
‘rockstar’ !
✽ TIDAK PERLU CEREWET
Alamakkkkkk hari ni kamu terlambat bangun! Takpe jangan risau! Tak
perlu blow rambut dan bersiap beria-ia. Cukup sekadar ikat sanggul dan
calitkan gincu merah di bibir kemudian senyum dengan penuh yakin. Tak
perlu terlalu cerewet untuk bergaya. Nah, pasti rakan-rakan kamu tidak
akan sedar kelewatan kamu. Silap-silap ada pula yang memuji kamu lebih
daripada hari-hari biasa.
✽ GO EDGY!
Pasti kamu akan bayangkan bergincu merah selalunya hanya untuk
gadis-gadis seperti Taylor Swift kan? Ternyata tekaan kamu itu salah!
Miley Cyrus telah buktikan walaupun kamu dalam’ kamu tetap boleh
kelihatan menawan dengan secalit gincu merah di bibir.
✽ JADI GADIS KLASIK
Tiada salahnya jika kamu ingin mencuba gaya fesyen seperti gadis klasik
dalam zaman serba membangun seperti kini. Warna merah di bibir pasti
akan membuatkan kamu lebih menyerlah dengan teknik make up yang simple
dan pakaian bewarna keemasan.
1-Kat skola ade salesman jual buku cerita. Hari ni bg list, esok mintak duit kt parents nk beli walaupun cerita buku tu dah tau.
2- Salesman jual air vitagen/susu pon
camtu gak.Mesti nak beli walaupun dah tahu mak ayah pun boleh beli jugak
kat kedai...
3-Kat library, budak2 mmg baca buku tp just tengok gambar je. Tapi bile
ade program Nilam, sibuk semua nak pinjam buku.Semata-mata nak penuhkan
buku Nilam tu.
4- RMT kat skola mkn x best, tp yg berduit pon join RMT, x phm....
5-Pakai pensel box yg boleh bukak dpn blkg, pastu ade sharpener kat
tgh2..
6-Main lwn pemadam, syg nak guna utk padam. Padahal itu fungsi sbnr, utk
padam!
7- Pakai pembaris yg bergerigi,,yang kat dlm tu ade air.Pastu ade bende
berkilat dlm air tu...
8- Cikgu pakai pembaris kuning panjang. Ade pemegang kat tgh2 tp x
pernah nmpk cikgu pegang pn kat situ.
9-Bulu ayam jd ramping sebab sering dijadikan rotan.
10-Datang sekolah awal2 pagi,,pastu pinjam buku kawan sbb takot kene
cikgu denda kalau x siap kerje sekolah.Mase tu mula lah tulisan macam
cakar ayam!
11-Selalu je kene berdiri kat atas kerusi,x pun kat luar kelas sebab x
buat homework.
12- Time pendidikan seni, lukis semua boleh...Cantik plak tu. Tapi bile
time warna semua hampeh. Ade gak buat anyaman pakai kertas warna, kolaj
la, ape la...
13- Main game 2D. Super contra, super mario, street fighter, sume pakai
tape.
14-Beli buku peraduan lekat2 digimon laa... Habis satu buku siap lekat
ngn sticker,,tp x mnng2 gk.
15- Cakap x takut BCG tp lepas inject poyo la pulak... Ade yg nangis2
plak tu..
16-Balik skola beli JoJo,,tak pun beli Dendang. Tora pon best gak. Beli
semata2 nak mainan, coklat die x mkn pon.
17- Kasut berlampu kat tapak, yg iklan die kat tV boleh tembak alien
tu..Tapi bile dah masuk darjah 5,6,,da upgrade ke ksut brtali / kasut yg
ade gtah kt dpn tu.
18- Siri kartun Dragon balls, Power Rangers, Ultraman, Ninja turtles,
Thundercats, Maskman,Gaban,Doraemon,Powerpuff Girls, dan mcm2 lg.
Jangan
lupe semua ni sbb zaman skrg budak2 x smpt lyn bende2 ni..Asyik ngadap
TV n PS je..
Kite akan sentiasa berubah, cume asal-usul kite yg permanent. huhu..Ni
la baru zaman kita kawan2..
First time publish entry guna phone sebab baru je download kat phone haha. Excited je terlebih - lebih. Mase ni tengah tunggu nak masuk kelas statistik gunaan pukul 11 nanti. Tunggu sorang-sorang sebab member dah balik tido agaknya haha. Dia takde kelas sebab lecturer dia outstation. Huhu. K lah nanti update lagi. Bye~
Senarai hadiah:
Set Shawl Cinta Jannah x 2, Dress x 2, Inner Magic + shawl x 3, Topup RM30 x 1, Topup RM10 x 1, Topup RM5 x 1, Novel Love You Mr. Arrogant x 1, Button Badge Blogger x 6, Inner Bawal x 5, dan Miniature Watch x 1
ekceli aku ada masalah sikit.. bukan masalah besar sebenarnya.. tapi besar la bagi aku ok...
meh nak cerita sikit...
aku ada masalah dengan kepala aku... masalah kulit kepala berminyak dan rambut gugur.. memang berminyak sangat sampai rambut aku nampak lembab je sepanjang masa.. sampai ada kawan aku tegur, lembab je rambut, pakai apa kat kepala tu?? hello aku tak pakai apa-apa ok.. semuanya sebab kulit kepal aku berminyak je...
masalah ni dah lama, sampai aku dah tak tahu nak buat apa lagi da... aku kerap tukar syampu sebab tak ngam dengan kepala aku... semua dah cuba pentene, sunsilk, head & shoulder, mcm lagi lah.. kepala aku memang sensitif sangat.. rambut gugur pun semakin berleluasa sekarang sejak dulu samapi sekarang... tak tahu nak buat macam mana.. huhuhu
rambut aku semakin menipis saban hari... takkan nak tunggu samapi kepala aku botak kot... nanti kena pakai rambut palsu..huhu tak mungkin!!
ok, kulit kepala berminyak dengan rambut gugur ada kaitan kan?? tu la yang aku dengar... tapi aku tahu ia kaitan... how to solve my problems???
anyone ada suggestion tak macam mana nak buat?? mana tahu kot-kot ada produk yang betul-betul berkesan ke untuk dua-dua masalah tu.... tolong bagitahu ek... harap sangat ni.. plzzz :(
wahh cepatnya masa berlalu kan, lagi beberapa hari lagi nak puasa... tak sabar rasanya... kalau masuk je bulan Ramadhan, antara yang terlintas di fikiran aku ialah solat terawih dan makanan... haha
perlu ke makanan tu?? perlu la okeyy sebab banyak makanan yang kita jarang jumpa masa bulan lain, kita akan jumpa pada bulan Ramadhan ni taw... tu la yang best..
adoiii fikir pasal makanan lagi.. macam mana la tubuhku yang comel lote ni tak kembang, bangun tido jer ingat makan.... ingat makan jer bangun tido hahaha.... nak buat macam mana tu je keje yang termampu aku buat setakat ni....
Syukur Alhamdulillah... Akhirnya aku telah barjaya menghabiskan exam last paper hari ni... mood happy sangat-sangat... tak sabar nak balik kampung lalalala
bukan main lagi aku... ada lagi kawan-kawan aku yang tak habis exam lagi... last exam dieorang 27/6... sabar je la ek sebab aku merdeka dulu... dah malas nak fikir lagi... sekarang nak enjoy!!
cuti dua bulan, puasa kat rumah dengan family... lama tak makan masakan mak... rindunya... barang-barang tak kemas lagi.. malas pulak nak buat semua benda tu... ada sape-sape nak tolong tak?? hehehe
Sementara tunggu nak balik, nak marathon movie dulu sampai lebam... ek, boleh eh macam tu?? hahaha... kawan-kawan yang ada exam lagi tu jangan jeles ok... study-study!!
dah lama tak menulis kat sini... just join segmen dan GA je... Kemalasan untuk menulis semakin menebal pulak.. sebab mood nak balik kampung bergelora sebenarnya... hehe
exam ada satu paper to go.. tak sabarnya nak habis cepat-cepat.. nak balik bercuti pulak kat kampung dua bulan.. hmm cuti ni nak kerja ke tak eh?? kalau kerja nak kerja apa ye?? aduss fening pulak nak fikir....
sementara tunggu gap seminggu nak exam satu paper lagi, aku habiskan dulu puasa ganti... ada beberapa hari lagi... korang semua mesti dah habis ganti kan?? hehe aku jer yang tetinggal..
seminggu gap exam, boleh lebam otak aku tak buat apa2... huhu.. sambil-sambil melebamkan otak, hobi aku sekarang adalah membela lemak di badan hahaha... boleh ek macam tu??? lantaklah.. apa taknya lepas makan, tido, online,lepas tu makan lagi... macam tu lah rutin harian aku sekarang... adoiii boleh jadi anak badak macam ni...hehehe