Selepas putus cinta, macam-macam pekara yang akan kita lakukan. Tidak di nafikan, adakalanya perbuatan seperti ini dapat mengurangkan rasa sedih yang terbuku di dalam hati.

Namun adakah ia berbaloi ? Hati-hati jangan sampai kamu tersalah langkah akhirnya kamu sendiri yang akan malu dengan tindakan luar kawalan kamu sendiri.

Di sini REMAJA akan kongsikan 7 pekara yang TIDAK BOLEH kamu lakukan sebaik sahaja putus cinta.


✲  UPDATE STATUS ‘MEROYAN’
Tak perlu ‘update’ status pelik-pelik hanya untuk menarik perhatian si dia mahupun orang lain. Bukan apa, bila kamu menulis sesuatu ketika sedang bersedih, macam-macam perkataan dan ayat yang tidak di jangka akan di keluarkan. Silap-silap hari bulan, bukannya orang kesian tetapi orang naik meluat lagi adalah. Sekali sekala boleh lah di maafkan tetapi kalau dah setiap minit status kamu muncul  di newsfeed friend list kamu  itu memang melampau!

✲  MENYANYI LAGU SEDIH
Selepas putus cinta pasti kamu mengharapkan satu semangat yang baru untuk bangikt bukan ? Tetapi apalah maksudnya kalau setiap kali pergi karoke atau dengar lagu je pasti kamu akan pasang lagu ‘patah hati’ macam mana nak bangkit ? Betul tak ? Apa kata, buat masa ni buang lagu-lagu sedih di playlist kamu dan cuba biasakan diri mendengar lagu-lagu yang boleh memberi kamu semangat baru yang positif!

✲  SMS SIMPATI
Elakkan diri daripada menghantar SMS simpati pada bekas kekasih. Tak perlu lah kata kamu menghidapi penyakit atau kononnya mahu pindah dari Malaysia. Semua teknik itu tak akan mengubah hatinya untuk kembali bersama kamu. Buat apa nak di paksa, biarkan sahaja si dia kejar apa yang dia mahukan.

✲  BERKURUNG DIRI DI DALAM BILIK
Mengapa mesti kamu bersedih hingga berbulan-bulan ? Yang rugi sebenarnya bukanlah kamu tetapi dia. Kamu kehilangan seseorang yang tidak mencintai kamu tetapi dia kehilangan seseorang yang amat mencintai dirinya. Oleh itu, bangkit dan buktikan si dia kehilangan pasangan seperti kamu adalah sesuatu yang sangat merugikan.

✲  UPLOAD VIDEO MEREPEK DI YOUTUBE
Tak kiralah sama ada kamu sedang di lamun cinta atau sebaliknya, tetapi jangan sesekali cuba mengupload video-video yang boleh menyebabkan kamu menangung malu. Kalau macam ni, memang gelaplah harapan kamu. Tentu-tentu si dia akan malu mahu berdamping lagi dengan orang yang suka menimbulkan kontroversi betul tak ?

✲  BERHUBUNG DENGAN SAHABATNYA
Ini tidak bermaksud kamu harus terus putuskan hubungan kamu dan kawan-kawan paling rapat dengan bekas kekasih. Tetapi kata orang, elokkan rengangkan sedikit keakraban yang terjalin. Bukan apa, nanti kamu juga yang akan sakit hati bila dengar perkembangan bekas kekasih kamu selepas putus.

✲   CARI PENGANTI
Stop! Ini bukan masanya untuk kamu cari penganti. Ramai yang tidak ambil serious tentang pekara ini. Sebaiknya cuba kamu habiskan masa untuk mengenali semula siapa diri kamu dan apa kelebihan kamu. Jangan sia-siakan masa, sementara kamu ada masa untuk melayan diri apa kata gunalah peluang ini sebaiknya. Sebenarnya inilah masanya untuk kamu bergerak bebas ke sana- sini tanpa memikirkan orang lain dang tiada siapa yang akan menyekat kebebasan kamu.

sumber