Saturday, September 27, 2014

Wednesday, September 24, 2014

Ariani Online by Zalora

 
Korang tercari-cari koleksi tudung terbaru dan cantik?? jangan risau kerana Galeri Ariani Online ada menawarkan tudung yang pastinya menepati citarasa anda.. Artis terkenal pun pakai koleksi ni..



Tengok gambar di atas. Cantik sungguh penampilan kedua-dua artis terkenal ini. Sejak tampil dengan imej bertudung, Dato’ Siti Nurhaliza iaitu penyanyi nombor satu Malaysia dan pengacara tv terkenal Nurul Shuhada semakin cantik berseri. Mungkin disebabkan itulah peminat semakin menyukai dan mengikuti perkembangan mereka apatah lagi dalam kalangan mereka yang memakai hijab. Tak sia-sia kan kalau korang pakai mesti akan jadi cantik macam mereka juga. 

Atas faktor itu dan disebabkan populariti mereka yang sememangnya utuh dalam industri hiburan Malaysia, Galeri Ariani telah mengambil langkah berani dan penuh positif untuk mendapatkan khidmat mereka sebagai duta kepada koleksi tudung terbaru Ariani Online. 

Hasil daripada langkah pemasaran yang berkesan ini Ariani menerima sambutan yang cukup hangat daripada pelanggan untuk koleksi tudung Ariani Online Eksklusif Siti Nurhaliza terutamanya ketika musim perayaan yang lalu.



Malah sejak diumumkan menjadi wajah eksklusif untuk koleksi tudung Ariani terkini, Dato’ Siti sering tampil dengan hijab yang begitu cantik dan semuanya adalah daripada Ariani Malaysia sendiri.


Dato’ Siti Nurhaliza adalah antara artis yang begitu aktif sekarang ini di laman sosial media Instagram. Di laman akaun miliknya anda boleh lihat gambar beliau memakai tudung Ariani. Korang semua tak nak cuba ke? 


Bagi korang yang tidak tahu atau sudah kehabisan idea dalam menggayakan tudung, korang boleh sahaja dapatkan inspirasi daripada cara Dato’Siti menggayakan tudungnya bersama persalinan baju, aksesori, kasut dan beg yang digayakan. Pasti korang takkan menyesal kerana cara penggayaan tudung adalah simple dan menjimatkan masa.


Tudung terkini daripada Ariani sangat versatile dan boleh dipadankan dengan apa sahaja persalinan kegemaran korang. Bagi yang lebih suka dengan imej sopan dan feminine cuba padankannya dengan pakaian tradisional wanita Melayu seperti baju kurung moden dan sebagainya. 




Berminat untuk dapatkan tudung terbaru Ariani Online? Layari website online shopping Malaysia terkemuka ZALORA dan rebut harga terbaik hanya di sana!



Running Man Episod 213



Guest: Choi Yeo-jin, Kim Min-seo, Lee Yoo-ri, Seo Woo, Yoo In-young

Streaming Links

Dailymotion:
Part 1 Part 2 | Part 3 | Part 4 | Part 5 | Part 6 | Part 7

Yourupload: (DOWN)
Part 1 Part 2 | Part 3 | Part 4 | Part 5 | Part 6 | Part 7

Mp4upload:
Part 1 Part 2 | Part 3 | Part 4 | Part 5 | Part 6 | Part 7

Videoweed:
Full

Vidtome:
Full


Sunday, September 21, 2014

Saturday, September 20, 2014

Friday, September 19, 2014

Lagu Jaga Dia Untukku – Siti Nurhaliza




Mahu ku bersama
Mahuku kesana diri ku tetap disini lagi
Waktu tak bicara
Lama terasa seakan terhenti mengiringiku
Tenanglah duhai Jiwa, tebarkan tulus doa
Ku kepadanya, saat ku tiada

Oh Tuhan, jaga dia untukku
Kalaku masih jauh
Bagai menghitung resah
Berkepingan berderaian

Oh Tuhan, jaga dia untukku
Selamanya ku ada, mencipta syurga bersama
Menyayangi mendampingi dia

Terbangkan diriku,
Bersayap seribu biar detik menjadi laju
Langit pun mendengar
Jadi penawar mengusir debar jatuh ke dasar

Tenanglah duhai Jiwa, tebarlah tulus doa
Ku kepada padanya, saat ku tiada

Oh Tuhan, jaga dia untukku
Kalaku masih jauh
Bagai menghitung resah
Berkepingan berderaian

Oh Tuhan, jaga dia untukku
Selamanya ku ada, mencipta syurga bersama
Menyayangi mendampingi dia

Mungkinkan ini memulakan kita
Lambang cinta
Ku dan dia

Oh Tuhan, jaga dia untukku
Kalaku masih jauh
Bagai menghitung resah
Berkepingan berderaian

Oh Tuhan, jaga dia untukku
Selamanya ku ada, mencipta syurga bersama
Menyayangi mendampingi dia



Thursday, September 18, 2014

The anatomy of a woman's handbag


true or not?? guess what?? huhu


Wednesday, September 17, 2014

Liebster Award #1



Bismillahirrahmanirahim...

Alhamdulillah, akhirnya dapat jugak dicalonkan dalam liebster award ni.. ni first time kot... selalu baca yang orang punya je tapi kali ni kena buat sendiri pulak.. huhu.. 

first of all, thanks to Kee dari blog http://leestrawberry.blogspot.com/ kerana telah mencalonkan saya untuk liebster award ni.. saya sangat menghargai... :)


11 FAKTA TENTANG DIRI SAYA!!
  1. anak sulong dari 7 beradik
  2. Suka warna biru
  3. seorang yang pemalu
  4. suka lelaki yang hitam manis
  5. suka pakai kain cotton
  6. geli dengan ular, cacing, pacat/lintah
  7. suka shopping online
  8. pantang kalau tengah tido ada orang buat bising
  9. addicted to Running Man
  10. sangat sukakan kucing
  11. seorang yang setia 

jom kita proceed kepada soalan yang ditanya oleh Kee..

1. Apa kaler Hp korang...??

kaler HP saya biru. sebab biru is my favorite colour.  "BLUE IS FOREVER" ~ huhu tetiba..


2. korang suka berkipas ka ber-air-cond...??

dua-dua suka.. kalau panas mesti nak dok dalam air-cond. kalau hujan bukak kipas je lah..


3. korang kalau mkn guna tangan jer ka..atau guna sudu

suka makan guna tangan, lebih afdal makan guna tangan sebab sunnah.. tapi kalau makan makanan berkuah kena guna sudu la 


4. suka hadap tv  ka atau hadap laptop??

dua-dua suka. tapi since masuk u jarang dapat tengok tv, so hadap laptop je lah.. 


5.korang suka karaoke tak..?? sebab pa pla??

tak suka. sebab tak suka dengar suara sendiri.. macam katak panggil hujan je huhu... 


6. jam tangan korang pakai belah mna.??kiri ka kanan..??

suka pakai kanan sebab lagi selesa..


7. suka kucingimage tak..??

suka sangat like crazy..haha.. sebab miow comel sangat-sangat..


8. petang-petang...korang suka minum apa..??

hmmm petang ye.. biasa minum petang dengan family minum teh panas je sambil makan pisang goreng.. pergghhh nikmat!! 


9. bila birthday korang..??

11 jun 1991.. and i'm very addicted to my birthday number..huhu.. and i don't know why..


10. korang pernah teringin tak nak pergi planet lain ..?

tak pernah kot.. sebab dah selesa tinggal kat bumi hehe


11. korang suka baca buku atau menulis..??

lagi suka membaca sebab menulis penat kena guna energy tangan.. hehe boleh ke macam tu?? :)


ok!!! done jawab soalan dari Kee.. sekarang giliran aku pulak..


SYARAT LIEBSTER AWARD
  • Mention nama blogger yang mencalonkan anda
  • jawab 11 soalan yang ditanya
  • letak 11 nama blogger yang dicalonkan
  • buat 11 soalan untuk dijawab oleh blogger yang dicalonkan
  • pastikan blogger yang dicalonkan tahu mereka tercalon


BLOGGER TERCALON
amanina nasuha
ain ruslee
hafiz
jujue ahmad
mommy lina
ishak
sheda ucu
nana zarina
norazah
syafiqah rusli
nur ruzaini


11 SOALAN WAJIB DIJAWAB
  • 5 perkara tentang diri anda?
  • binatang yang paling tak suka?
  • sudah berapa lama berblog?
  • vlogger yang anda minat?
  • lagu English yang paling diminati?
  • movie English yang paling diminati?
  • suka tengok cerita korea?
  • negara paling best untuk bercuti?
  • impan anda yang telah tercapai?
  • impian anda yang belum tercapai?
  • kalau anda ada duit RM500,000 apa yang anda akan buat?

#sekian


Tuesday, September 16, 2014

Selamat Hari Malaysia



"Malaysia to me is..." by Lee Yee Run

Selamat Hari Malaysia untuk Malaysia tercinta.. semoga sentiasa aman dan bebas dari anasir - anasir jahat. semoga sentiasa dalam lindungan Allah S.W.T. Aamiinn..

SAYA SAYANG MALAYSIA!!