Saturday, June 29, 2013

masalah rambut yang tidak sihat


hi semua!! semacam je aku ni hehe




tengok rambut orang lawa je.. rambut aku?? hmmmmm 


ekceli aku ada masalah sikit.. bukan masalah besar sebenarnya.. tapi besar la bagi aku ok...
meh nak cerita sikit... 

aku ada masalah dengan kepala aku... masalah kulit kepala berminyak dan rambut gugur.. memang berminyak sangat sampai rambut aku nampak lembab je sepanjang masa.. sampai ada kawan aku tegur, lembab je rambut, pakai apa kat kepala tu?? hello aku tak pakai apa-apa ok.. semuanya sebab kulit kepal aku berminyak je...

masalah ni dah lama, sampai aku dah tak tahu nak buat apa lagi da... aku kerap tukar syampu sebab tak ngam dengan kepala aku... semua dah cuba pentene, sunsilk, head & shoulder, mcm lagi lah.. kepala aku memang sensitif sangat.. rambut gugur pun semakin berleluasa sekarang sejak dulu samapi sekarang... tak tahu nak buat macam mana.. huhuhu

rambut aku semakin menipis saban hari... takkan nak tunggu samapi kepala aku botak kot... nanti kena pakai rambut palsu..huhu tak mungkin!! 

ok, kulit kepala berminyak dengan rambut gugur ada kaitan kan?? tu la yang aku dengar... tapi aku tahu ia kaitan... how to solve my problems??? 

anyone ada suggestion tak macam mana nak buat?? mana tahu kot-kot ada produk yang betul-betul berkesan ke untuk dua-dua masalah tu.... tolong bagitahu ek... harap sangat ni.. plzzz :(



Thursday, June 27, 2013

tak lama lagi ~



wahh cepatnya masa berlalu kan, lagi beberapa hari lagi nak puasa... tak sabar rasanya... kalau masuk je bulan Ramadhan, antara yang terlintas di fikiran aku ialah solat terawih dan makanan... haha
perlu ke makanan tu?? perlu la okeyy sebab banyak makanan yang kita jarang jumpa masa bulan lain, kita akan jumpa pada bulan Ramadhan ni taw... tu la yang best.. 

adoiii fikir pasal makanan lagi.. macam mana la tubuhku yang comel lote ni tak kembang, bangun tido jer ingat makan.... ingat makan jer bangun tido hahaha.... nak buat macam mana tu je keje yang termampu aku buat setakat ni....


Wednesday, June 26, 2013

Tuesday, June 25, 2013

Akhirnya habis jugak




Syukur Alhamdulillah... Akhirnya aku telah barjaya menghabiskan exam last paper hari ni... mood happy sangat-sangat... tak sabar nak balik kampung lalalala

bukan main lagi aku... ada lagi kawan-kawan aku yang tak habis exam lagi... last exam dieorang 27/6... sabar je la ek sebab aku merdeka dulu... dah malas nak fikir lagi... sekarang nak enjoy!!

cuti dua bulan, puasa kat rumah dengan family... lama tak makan masakan mak... rindunya... barang-barang tak kemas lagi.. malas pulak nak buat semua benda tu... ada sape-sape nak tolong tak?? hehehe 

Sementara tunggu nak balik, nak marathon movie dulu sampai lebam... ek, boleh eh macam tu?? hahaha... kawan-kawan yang ada exam lagi tu jangan jeles ok... study-study!!


Monday, June 24, 2013

mood menulis melayang~



dah lama tak menulis kat sini... just join segmen dan GA je... Kemalasan untuk menulis semakin menebal pulak.. sebab mood nak balik kampung bergelora sebenarnya... hehe

exam ada satu paper to go.. tak sabarnya nak habis cepat-cepat.. nak balik bercuti pulak kat kampung dua bulan.. hmm cuti ni nak kerja ke tak eh?? kalau kerja nak kerja apa ye?? aduss fening pulak nak fikir....

sementara tunggu gap seminggu nak exam satu paper lagi, aku habiskan dulu puasa ganti... ada beberapa hari lagi... korang semua mesti dah habis ganti kan?? hehe aku jer yang tetinggal.. 

seminggu gap exam, boleh lebam otak aku tak buat apa2... huhu.. sambil-sambil melebamkan otak, hobi aku sekarang adalah membela lemak di badan hahaha... boleh ek macam tu??? lantaklah.. apa taknya lepas makan, tido, online,lepas tu makan lagi... macam tu lah rutin harian aku sekarang... adoiii boleh jadi anak badak macam ni...hehehe


Friday, June 21, 2013

Segmen Doodle Comel by Fizgraphic



nama: gee azie
baju: pink
tudung: pink muda
tag



Thursday, June 20, 2013

mood bersepai


Hari ni aku terlebih rajin pulak nak buat marathon bw kat blog-blog korang
tapi hampeh sebab line ni macam siput sedut... punya la slow dan lambat... sakit pulak hati kita ni..

ramai orang dah balik takkan line slow jugak... adess hampeh punya line buat mood bw aku bersepai... cehh ayat macam ganas jer....hahahahaha

sabar jer la wahai hati~tetiba pulak emo... hehehe... 
nati kalau line laju aku sambung bw balik... sebab hari ni terlebih rajin kan...


Wednesday, June 19, 2013

WORDLESS WEDNESDAY #14



pikachu + kucing = pikaching

hehehehe


Saturday, June 15, 2013

jom tambah pahala


╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║██░░░░░░░░░░░░░░░░░░╚╗╚╗
║║██░░░░░Battery Low ░░░░░─║║║
║║██░░░░░░░░░░░░░░░░░░╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝
▂ ▄ ▅ ▇ █ Charge Iman Anda █ ▇ ▆ ▄ ▂
أستغفر الله
╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║████░░░░░░░░░░░░░░░░╚╗╚╗
║║████░░░Battery Low ░░░░░─║║║
║║████░░░░░░░░░░░░░░░░╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝
سبحان الله
╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║███████░░░░░░░░░░░░░╚╗╚╗
║║███████Battery Low ░░░░░─║║║
║║███████░░░░░░░░░░░░░╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝
لا إله إلا الله
╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║█████████░░░░░░░░░░░╚╗╚╗
║║█████████tery Low ░░░░░─║║║
║║█████████░░░░░░░░░░░╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝
الله أكبر
╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║███████████░░░░░░░░░╚╗╚╗
║║███████████y Low ░░░░░─║║║
║║███████████░░░░░░░░░╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝
لا حول و لا قوة إلا بالله
╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║██████████████░░░░░░╚╗╚╗
║║██████████████ ░░░░░░─║║║
║║██████████████░░░░░░╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝
الحمد لله
╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║█████████████████░░░╚╗╚╗
║║█████████████████░░░─║║║
║║█████████████████░░░╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝
اللهم صل على سيدنا محمد
╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║████████████████████╚╗╚╗
║║███████ Battery Full ██████─║║║
║║████████████████████╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝
Alhamdulillah. Dah Full. (^^,)


Segmen: Follow & Bloghopping Bubblynotes.Com


Tetiba kan? Angin kus2 melanda dan terajin pulak nak buat segmen... wakakakaka...rasanya dah lama dah x organize segmen simple kat Bubblynotes... So, here I come...

This segmen dibuat bagi memudahkan saya a.k.a. Cik Puan Bubbly untuk follow dan bloghopping semua blog peserta segmen ini. Dalam masa yang sama, nak bagi ruang dan peluang pada semua blogger untuk turut follow, bloghopping dan berkenalan antara satu sama lain dengan lebih mesra giteww...he he he... 

Segmen: Follow & Bloghopping Bubblnotes.Com bermula dari hari ini, 15/6/2013, jam 11.30 pagi SEHINGGA 22/6/2013, jam 11.30 pagi... Aci tak? *_^... Hopefully segmen ni dapat sambutan dari uols macam segmen2 yang lepas dan semua blogger dijemput join...Pada yang rajin datang, rajin komen, silent reader, stalkers...ahaks... stalkers pun boleh... x ada masalah...masa untuk anda menonjolkan diri... ekekekekeke....

Hanya 4 Langkah Mudah Diperlukan:
1. Follow blog bubblynotes.com.
2. Buat entri bertajuk Segmen: Follow & Bloghopping Bubblynotes.Com.
3. Copy coding yang telah disediakan ke dalam ruangan HTML dan Publish entry. Untuk copy coding di bawah ni, sila HIGHLIGHT semua coding dan tekan CTRL+C secara serentak.

Kemudian, pastekan ker ruangan HTML uols seperti di bawah ni...

4. Tinggalkan URL entry uols ke dalam ruangan komen entri ini. 

Pemilihan Pemenang:
1. 10 blog akan dipilih melalui Pakcik Random. (random.org)
2. URL Blog pemenang akan diletakkan di sidebar bubblynotes untuk tempoh sebulan bermula dari 23/6/2013 sehingga 23/7/2013.

So, kalau2 sudi tu, silalah support dan juga join... *_^... Selamat Bersegmen & Ber-Bloghopping!


Friday, June 14, 2013

Kim Jong Kook at Malaysia


macam yang kita semua tau yang Kim Jong Kook datang Malaysia sebab ada event kat Malaysia pada 14 Jun 2013...

OMG!! OMG!! OMG!!!

 aku pulak salah seorang peminat dia and Running Man ..hehehe

kat bawah ada gambar masa dia baru sampai kat KL... beruntung la sapa yang dapat jumpa dia... feel jeles ok huhu












#kalau aku jumpa dia face to face boleh pengsan agaknya sebab excited sangat hahaha



nak tahu lagi??tengok sini

Wednesday, June 12, 2013

Tuesday, June 11, 2013

ganti puasa


Alhamdulillah hari ni 11 Jun aku start puasa ganti... orang laen dah habis ganti aku baru je terkedek-kedek nak ganti... hehehe... esok takde exam tu yang ganti sebab nanti taku tak sempat pulak.. sebab sekarang dah bulan sya'ban.. lagi beberapa minggu nak puasa pulak :)

sapa-sape yang belum ganti tu cepat-cepatlah ganti ye... sapa yang tengah berpuasa selamat berpuasa dan selamat berbuka maghrib nanti ye...


official 22


Happy birthday to you
Happy birthday to you
Happy birthday to you gee azie
Happy birthday to you

yeayy Happy birthday to me!!

 ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥

it's been a year tak sambut birthday.. kali ni datang lagi... tapi angka semakin meningkat that's mean i'm getting old... kalau kawin anak dah 3 kot hehehe... oppss kawin jugak yang disebutnya~ dah gatal sangat nak kawin ke cik azie ooiiiiii... sabaq dulu nooo....hah kan dah terkeluar dialek kedah sudahh hehehe....

this year is still the same, sambut birthday sorang-sorang kat sini.. jauh dari family tercinta dan si dia tersayang.. tapi takpe still berhubung ok.. 

to my family thanks sebab ingat birthday along  
♥ you all...
(tak sabar nak balik jumpa semua)

thanks a lot to all my friend who are wishing  happy birthday to me, tak kisah lah through call, msg, fb, email, blog and so on, aku hargai semuanya.. that's mean korang ingat aku lagi... hehehe  ♥ ♥ ♥ ♥

to my crush thanks for the wish.. you are always the first wish birthday to me.. I  ♥ U...
balik nanti nak tuntut hadiah ye sayang hehe


Monday, June 10, 2013

Tinggalkan Sahaja Dia!



“Aduhhhhh, aku ni sebersalah di buatnya.. patut ke aku tinggalkan dia atau tidak! Ergggh!”

Pernahkah kamu berada dalam dilemma seperti ini, tidak tahu mana satu langhkah yang betul perlu kamu lakukan sama ada kamu perlu teruskan hubungan dengan si dia ataupun sebaliknya. Jom ketahui beberapa situasi bila kamu PERLUmeninggalkan dirinya!

1)      SUKA MENGAMBIL KESEMPATAN
Ada sesetengah lelaki memang suka ambil kesempatan atas kelemahan wanita. Jadi jangan biarkan diri kamu itu terus menjadi mangsanya. Percayalah lelaki seperti ini memang tidak sesuai untuk di jadikan calon suami.

2)      TIDAK MENGHORMATI DIRI KAMU SENDIRI
Sekirannya dia berani maki kamu, menghina diri kamu dan berkelakuan tidak senonoh di depanmu  usah peningkan kepala, tinggalkan sahaja dirinya. Orang seperti ini sebenarnya tiada perasaan ‘menghormati orang lain’ jadi mengapa kamu perlu menghabiskan masa kamu bersama si dia.

3)      BARAN SEHINGGA MEMUKUL
Jika ibu bapa sendiri pun tidak pernah menjentik kamu, inikan pula orang lain. Sekirannya dia sering memukulmu dan baran tak tentu hala, lupakan sahaja niat kamu untuk sehidup semati dengannya. Sanggupkah kamu biarkan diri kamu terus di pukul sampai ke hari tua ?

4)      MENGHINA KELUARGA MU
Sayang tuh sayang juga, tetapi kalau sampai menghina keluarga mu itu bukanlah sayang namanya. Kamu perlu pertahankan maruah keluarga mu juga jangan semudah-mudahnya membiarkan keluarga kamu di hina oleh kekasihmu sendiri.

5)      CURANG DAN BERMAIN KAYU TIGA
Baru bercinta si dia dah berani bermain kayu tiga di belakang mu. Apa lagi nanti bila dah berumahtangga. Sebelum nasi menjadi bubur, baik kamu sediakan payung sebelum hujan dahulu. Bukan apa, untuk langkah berjaga-jaga.

6)      PENJENAYAH YANG DI KEHENDAKI
Jangan ambil sebarang risiko bercinta dengan seorang penjenayah ala-ala lagu Britney spears ‘criminal’. Mungkin di awal hubungan nampak cool dan hebat tetapi tidak di nafikan jika satu hari nanti silap-silap hari bulan kamu juga terjerumus dalam dunianya dan terpengaruh.



#tipscintadariremajakarangkraf


Saturday, June 8, 2013

Haram Wanita Memakai Loceng Kaki (Gelang Kaki Berloceng)!


Muslimah hendaklah menjaga tata cara pergaulan dan pemakaian apabila berhubung dengan bukan mahram seperti di tempat kerja.

Paling utama dalam hal pemakaian kerana cara berpakaian dapat menarik perhatian orang lain yang bukan mahram. Memakai gelang kaki bagi wanita Islam dengan bunyi loceng itu terlalu kuat sehingga menarik perhatian rakan sekerja yang lain untuk berpaling melihat ke arahnya dikira bercanggah dengan tata cara pemakaian dan pergaulan seorang wanita Muslimah dan Mukminah.

Itu sebabnya ia dihukum haram apabila bertujuan sedemikian dan pemakaian hiasan sedemikian perlu dielakkan. Ini jelas apabila al-Quran menggariskan berkenaan tatacara bergaul dan berpakaian seorang wanita Islam iaitu :

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman itu supaya menyekat pandangan mereka (daripada yang diharamkan) dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka menzahirkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang lelaki yang telah tua dan tidak keinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang yang beriman, supaya kamu berjaya.”
(Surah al-Nur (24): 31)

Dalam ayat ini, kita boleh simpulkan termasuk dalam ‘menghentak kaki’ ialah memakai gelang berloceng dan memakai kasut bertumit keras sehingga mengeluarkan bunyi.

Islam melarang perbuatan itu kerana ia menarik perhatian orang sehingga terserlah perhiasan diri seseorang wanita. Manakala memakai gelang kaki berloceng bagi anak-anak perempuan yang masih kecil dan bertujuan untuk pengawasan pula adalah harus.

Ia tidak termasuk dalam larangan di atas kerana tidak bertujuan menarik perhatian lelaki dan usianya masih kecil.



sumber: fb




Wednesday, June 5, 2013

Wordless Wednesday #12



yeaahhh it's true!! hahaa


final exam


hi alls!!

hari ni 5 JUN 2013 dah start exam final bagi semester 4.. cepat je masa berlalu.. rasa macam semalam je aku sem 1, ni dah nak masuk sem 5 pulak.. huhu

tapi tak sabar pulak nak start cuti hujung bulan 6 ni....

jadual final exam


wish me luck ye kawan-kawan...


Monday, June 3, 2013

maksud di sebalik icon comel


hai alls!! 

ok.. tak nak merapu... straight to the point...

korang tengok kan kotak cbox aku yang comel lote tu... siap ada icon yang comel-comel gitu.. kalau korang tengok previous komen mesti korang tak taw apa maksud icon tu kan?? as a owner of course i know it.. sebab aku yang buat kan.. hahaha

ok.. so now aku nak terangkan maksud icon comel tu supaya korang faham and tak confiuss...ok let's do it...


bw - bw

:D - :D

follow - follow

 - hi

 - suka

 - blog

 - datang

 - singgah

 - :)

 - jalan jalan

 - terbang

 - lunch

 - sarapan

 - hello

 - <3

 - jom

 - hadiah

 - like

- ?

so sekarang korang dah tau kan selamat bericon lah ye semua hehehe

sayang korang semua....  



#maafkalaumenyusahkankorangsemua