Lazada Malaysia

Tuesday, November 25, 2014

Running Man Episod 222




Dailymotion
Part 1 | Part 2 | Part 3 | Part 4 | Part 5 | Part 6 | Part 7

MP4Upload
Part 1 | Part 2 | Part 3 | Part 4 | Part 5 | Part 6 | Part 7

Videoweed
Full

Vidto
Full

Thursday, November 20, 2014

MAKANAN YANG TERMAHAL DIDUNIA


1 ) Matsutake Mushrooms
Harga : $1000 = RM3346.00






Matsutake adalah nama biasa bagi kulat yang paling dikehendaki selepas pengkajian tentang kulat meningkat di Asia, Eropah dan Amerika Utara. Kulat ini merupakan element penting dalam cara masakan Jepun. Matsutake adalah amat sukar di tanam kerana itulah harganya sangat mahal. Matsutake Jepun bila awal musim bermula mempunyai gred yang paling tinggi dan boleh mencapai RM6056.00 sekilo. Untuk perbandngan nilai purata bagi matsutake import adalah sekitar RM272.50 sekilo.

2) The Zillion Dollar Frittata
Harga : $1000 = RM3346.00



Kegilaan dalam makanan ini telah mencapai puncak terbaru di New York dengan penampilan sulung telur dadar bernilai RM3028. Hotel Le Parker Meridien di w.57th St. telah baru baru ini telah menambah hidangan sarapan yang menggemparkan dalam menunya untuk pelanggan tetapnya membayar RM605.60 sesudu telur dadar yang berlemak. Ia rupa-rupanya bukan sekadar telur dadar biasa, ia mengandungi campuran telur, udang karang dan telur ikan yang banyak.

3) Chocopologie
Harga : $2,600 = 8699.60



Coklat yang paling sedap dan paling mahal di dunia adalah chocopologie oleh Knipschildt. Pada RM7872.80 per paun, coklat lembut buatan tangan ini hanya dimiliki melalui pesanan. Ia mengandungi coklat lembut hitam dan 70% koko Valrhona.

4) Wagyu Steak
Harga : $2,800 = RM9368.80



Bersosial selepas kerja anda, anda mungkin membawa teman anda di stik New York Craft di mana penuh dengan mata tulang rusuk Wagyu yang dihidangkan di parti persendirian yang berharga RM9368.80. Ia adalah stik yang terbaik.

5) Samundri Khazana
Harga : $3,200 = RM10707.20



Di panggil Samundari Khazana iaitu Khazana dari laut, salah satu campuran telur Beluga yang sedap, iaitu siput laut dan udang karang dengan emas yang boleh d makan. Kari yang paling mahal di dunia telah dilancarkan meskipun harga kerangupannya bernilai RM10707.20 sepinggan. Untuk menyambut pelancaran DVD Slumdoq Millionaire, Bombay Brassiere telah membungkis plat kari penuh dengan kandungan yang paling mahal yang mungkin mereka akan temui.

6) Pizza Royale 007
Harga : $4,200 = RM14053.20



Lelongan yang berakhir pada 19 November 2006 dengan bidaan tertinggi dari Peguam Italy Maurizio Morelli yang mencecah hampir $4,200 UD Dollar. Morelli adalah ahli pemakanan yang murah hati dari Rom yang juga merupakan pengumpul mine terbaik dan coklat. Guinness Book of World Records melihat kandungan jualan pizza dan di bawah pertimbangan untuk mengambil rekod untuk Pizza Yang Paling Mahal Di Dunia dari pembaziran pizza coklat putih yang di cipta oleh Restoran Gordon Ramsay Maze di London.


sumber :- siakapkeli.com.my


Tuesday, November 18, 2014

Running Man Episod 221




Dailymotion
Part 1 | Part 2 | Part 3 | Part 4 | Part 5 | Part 6 | Part 7

MP4Upload
Part 1 | Part 2 | Part 3 | Part 4 | Part 5 | Part 6 | Part 7

Vidto
Full



Panggilan Temuduga SPA #2


Alhamdulillah.. 
ni kali keempat aku dapat panggilan temuduga dari SPA . yang first dulu dapat panggilan temuduga penolong pengutkuasa tapi tak lepas.. takde rezeki huhu.. yang first tak update dekat entry sebab tak terfikir pon huhu... yang kedua dan ketiga di entry SINI. yang kedua dan ketiga tak pergi sebab ada final exam kat UUM.  

Kali ni dapat lagi.. Panggilan temuduga jawatan  Penolong Penguasa Imigresen Gred KP27..


kawan2 n parents pon suruh pergi.. mane tau kan ada rezeki.. 
tapi aku takut sebenarnya haha..nebes pon ada...huhu

macam-macam persoalan yang aku nak tanya sebenarnya...

Ada sapa-sapa yang dapat panggilan ni tak? ada yang pernah dapat sebelum ni? macam mana dia punya temuduga? ada ujian kecergasan tak? 
kongsi tips sikit hehe





Saturday, November 15, 2014

Liebster Award #2


ok kali ni nak tulis pasal liebster award pulak.. ni kali kedua dapat. kali ni dapat dari blogger Ainur Athikah -IKA-.. thanks ye.. sebenarnya dia tag dekat my second blog Blog GA dan Segmen. tapi disebabkan tu Blog GA dan Segmen so xmau kacau lah... ok.. Akak jawab kat sini ye dik :)


ok sekarang kita teruskan dengan soalan- soalannya...hehe

1. Makanan last yang awak makan?
= nasi lemak

2. Perasaan awak bila lalu depan orang tiba-tiba terdengar suara orang gelak-gelak.
= buat bodoh je dan jalan terus.. anggap je mereka tu baru dapat berita paling gembira haha

3. Dalam kelas suka duduk di meja bahagian mana? Kenapa?
= duduk tengah- tengah. sebab tengah-tengah paling best kot hehe

4. Apa yang awak buat bila cikgu suruh buat latihan dan baru awak tersedar yang awak tak bawa buku? 
= kongsi dengan kawan ataupun guna buku lain

5. Buku yang paling digemari?
= buku cerita

6. Suka makanan kat kantin sekolah? Kenapa?
= suka sebab kat situ je tempat yang jual makanan.

7. Pandai pujuk orang yang merajuk? Kalau pandai boleh beritahu macam mana caranya?
= tak pandai huhu.. tapi kalau bab merajuk saya memang terer haha

8. ' Sudah jatuh ditimpa tangga'. Pernah berlaku pada diri awak?
= pernah berlaku 

9. Piala paling besar yang pernah awak dapat?
=tak pernah pun dapat piala 

10. Benda yang paling awak sayang. Kenapa?
= phone. sebab beli guna duit sendiri... :) 

11. Pendapat ikhlas tentang blog ' Purple Territory '. 
= blog awak ok. cantik. sebab saya pun suka purple. 


Tuesday, November 11, 2014

Running Man Episod 220



Dailymotion
Part 1 | Part 2 | Part 3 | Part 4 | Part 5 | Part 6 | Part 7

MP4Upload
Part 1 | Part 2 | Part 3 | Part 4 | Part 5 | Part 6 | Part 7

Videoweed
Full

Vidto
Full


Saturday, November 8, 2014

Friday, November 7, 2014

SEGMEN NAIKKAN FOLLOWER by WAWAABDULHADI




KLIK BANNER UNTUK JOIN!

CARA JOIN: 

1. Buat satu entri bertajuk "SEGMEN NAIKKAN FOLLOWER by WAWAABDULHADI"
2. Copy kod HTML yang disediakan di entri segmen. 
3. Follow blog wawa.  *wajib*
4. Tinggalkan komen anda di ruang komen bawah ini. 


ALERT! 
- Wawa akan update senarai peserta seminggu sekali iaitu hari Isnin. Setiap update dari wawa nanti beserta dengan link follow para peserta. So, nanti korang just klik link tu untuk follow peserta lain. 
- Wawa akan check satu persatu okay sebab nak elak daripada orang ambil kesempatan lain. 
- Sebarang pertanyaan, boleh PM wawa dekat sini Facebook . 


Mohon korang semua dapat support wawa ye. Selamat bersegmen!

1000 Follower ~ Akhirnya



Alhamdulillah!! 
akhirnya follower blog aku dah capai 1000 orang.. teruja sungguh haha... lepas 2 tahun baru capai jumlah ni... sebenarnya blog ni dah nak masuk 3 tahun dah... 

follower ke 1000 blog aku ialah Deanna Morni.. Tq awak sebab sudi follow blog saya... harap-harap semakin bertambah lah ye...

sudi-sudikanlah berkunjung ke blog beliau ye... eratkan silaturrahim... 

walaupun aku tau jumlah follower yang ramai tak menjamin traffic yang tinggi tapi aku tak kisah, asalkan aku puas dengan apa yang aku dapat... ye dok.. hehe







Thursday, November 6, 2014

Tuesday, November 4, 2014

Running Man Episod 219



Dailymotion
Part 1 | Part 2 | Part 3 | Part 4 | Part 5 | Part 6 | Part 7

MP4Upload
Part 1 | Part 2 | Part 3 | Part 4 | Part 5 | Part 6 | Part 7

Videoweed
Full

Vidto
Full


Sunday, November 2, 2014

Adakah anda orang Kelantan?



Adakah anda orang Kelantan? Cara percakapan anda baik. Bahasa Malaysia anda pun baik. Bila bertutur langsung tidak kedengaran slang mana-mana negeri. NAMUN... Identiti Kelate anda dapat dikesan Tanpa Anda Sedari bila anda terlalu CONFIDENT je bercakap seperti 90 ayat di bawah...

1. Saya rasa kena lalu ikut jalan atas tembak tu, baru laju sikit.

2. Encik, sabar-sabar. Lorak nak pergi kemana tu

3. Saya kurang suka warna kelabu tahi anying ni

4. Sakit hati betul saya dengan dia yang kerenat kat saya

5. Mari kita pergi encik, hujan sudah serik ni

6. Adik tuang air tu jangan banyak dik...padam-padam dah banyak tu

7. Kakak... bungkuskan saya pulut lempa satu

8. Macamana awak basuh baju ni habis pertik sawa

9. Adik...bagi saya tudung gelas ni...saya nk bawa kelik air ni

10. Mula-mula panaskan minyak...masukkan bahan kisar....tumis hingga naik bau...kemudian masukkan awas

11. Maaf la ya...rumah bujang macam ni la memang berkubang

12. Pasang cadar dan sampul bantal ni...bg nampak kemas sikit

13. Bang bagi supik satu

14. Tolong ambik kunci motor dalam sorak meja tu

15. Ayang...camne dah sial ke belum demam ayang tu?

16. Kejap ye...tadi petir, tu letrik tak ada...sebab suis berjentap

17. Bang...bungkus air lanas satu

18. Makcik....mana duit cucur saya tadi

19. Makcik...bagi pletin satu, senang sikit nk minum air ni

20. Tokey...kakas sup ada jual?

21. Itik suka sangat la kalau main air char

22. Dik...jangan hungar laju sangat...nanti rebah

23. Tolong ambilkan suis kereta aku kt meja tu.

24. Boleh tolong koho sikit bercakap tu? Bising! Gelegak telinga saya

25. Suami saya semenjak kebelakangan ni gelenyar sungguh

26. Ishh budak-budak remaja zaman sekarang ni parok-parok belaka

27. Apa yang duk berleber tu gak Yang, pening mutar kepala abang tau

28. Aihh kereta saya ni selalu berona la kalau time nak gi kerja

29. Letih sungguh semalam sampai saya jendera tak sedar apa

30. Takut nak lalu gerentok kayu ni, kan rutuh

31. Apa nak susah-susah potong, repih aje la

32. Tunngu semeta ya, saya mandi dulu, belengah badan ni

33. Bagus Ronaldo control bola, tapi sayang bola tu nacar jauh tadi

34. hati-hati, pegang la julai pokok tu jatuh nanti

35. Mengapa dia tu, menyetok karun, kesian pulak

36. Sudah banyak kali dah awak terkena dengan dia, mengapa tak perik lagi?

37. Jangan risau la lauk blana lagi ni, makan-makan!

38. Eh awak tertinggal bas ke, mengapa tidak cepat-cepat hambat tadi?

39. Semalam overtime, takkan hari ni pun kena ovetime juga, tak cekak la saya

40. Selalu bila saya mari di pejabat awak ni, awak selalu mengelik la

41. Aduh sakit kaki jerelus dekat birai parit td 

42. nasiblah airnya taha kalau tak basah benjeruk dah

43. Bolehkah saya mintak rokak sebatam

44. Pakcik...nak beli menisam kerek 2 ringgit...letak dalam jabir rokrak

45. Balik rumah makan selalu nasi tu..takut basi

46. Banyak betul laa nyamak dalam bilik ini

47. Nakal-nakallah awk semua ni..nak suka saya dibuatnya

48. Ya Allah banyaknya tahi ayam monan kat tangga ni

49. Tea O ben sa, airnya muda sa...ahh lega nya.

50. Jangan main bawah pokok kelapa..nanti luruh woh nyor, tak dengar kata la...

51. Apa korang cakap ni..aku tak faham belah mana

51. Eee budak-budak ni asyik mengukas pokok, degil betul!

52. Siapa yang menanak nasi tu hangit lentung bau

53. Encik, uncle saya tak bagi tempek iklan dekat dinding ni

54. Saya tidak boleh main fb lama-lama takut dimurih isteri saya

55. Anak saya perlu bawa bocong tak untuk hari sukan, cikgu? 

56. Jangan main di tanah nanti cemar kaki..

57. seluar saya soyak,tolong jahitkan

58. kenapa pasang radio tu kuat sangat...gegang la

59. Duit ade. Tapi tak tau la ade cemak mane lagi

60. Pakcik bagi peletim satu nak minum air..

61. Esok nak ambk mc sebab DEMAN

62. Jom sayang kita berjalan di bira pantai.

63. Orang ingat saya orang KL, sebab tak ada sikik habuk pun sleng kelantan

64. Ok murid2...bersedia ye...1..2..3...hunggar!

65. Bang.. Beri Burger 5. 2 tu bungkus, supit suku ya...

66. Jom kita lepak atas rongkas sekejap

67. Mmmmm.... bes la belda ni

68. tolong gahal kuat sikit kat patat kuali tu

69. Aku katok kan budok ni

70. Eh awak ni glenyar laa kutir baru tahu

71. Acu cuba tra test dulu bro

72. Sy ada kat pondak telefon ni.

73. Saya rasa dah perik tengok cerita hantu la

74. Kak..Bungkus mee goreng dua...buat samah2 ye

75. Beger satu....tak soh boh bawam

76. awak dah buat terbit duit dari bank?

77. Tolong susuk durian itu

78. Abang!! Tolong pukul gambar saya jap

79. Eh...apa tidur luar ni, pergi tidur tempat nu

80. Katil ini mmg bagus utk tulang belakang. Dan mmg sangat selesa. Kalau tido pon tak kabar.

81. Tolong ambilkn air...sy tak boleh bangun kaki sy serban ni

82. Buah ape yang ada jual kt kedai bawah? Macam2 ada bos, buah PAUS pon ada

83. Kenapa ramai sgt org dok gelewat dlm kedai tu....

84. Uncle tolong tukar bol lampu motor ni.. da terbakar..

85. Sy xtau la mana ilang kunci td...sy gagal dalam poket sy pon xde..

86. mita beli ubat senduan satu 

87. Cik tlg datang cni kejap...,ada mat saleh xleh nk benyawa

88. Lengah rase...dari tadi suka selak...

89. "mkn lauk apa td? "Ike kronge" jwb dia.. "hah!? Ikn apa?" ... "mkn ikan kerongang" 

90. kak, nk nasi ayam gulai 2 satu taruk sayap satu lagi taruk monggem capur batang tengkak yer...

Hehehe... confident je cakap kan - This collections are collected from around the online, in the comments and among friends ni, I dedicated this to all Kelantanese with love, enjoy! -  Razzi Rahman

#ada lagi ke?? boleh kongsi kat cini... 



Saturday, November 1, 2014

selamat melahirkan baby girl




Alhamdulillah!! itulah perkataan pertama yang keluar dari mulut aku bila dapat tahu berita ni. excited tak terkata kerana dua-dua selamat. syukur...

pagi tadi masa tengah kerja dapat mesej dari my BFF bagitau yang dia dah selamat melahirkan baby girl. wah tak sangka jatuh pada tarikh hari ni... 1/11/2014.. 

aku jauh di Kedah, dia pulak ada kat Kelantan, memang tak boleh nak jumpa la.. sebenarnya aku tak sabar nak tengok wajah puteri my BFF.. mesti comel macam mak dia jugak.. tadi dah bagitau dia nampaknya tahun depan jugak la baru boleh jumpa sebab dah tak ade cuti panjang lagi.. cuti midsem pun dah lepas hari tu.. 

hari ni pun Che Ta dengan Zain pun dapat baby Girl jugak. tahniah buat mereka semua. dua-dua puteri ni berkongsi tarikh yang sama la..

Aku?? hmm tak tau bila nak dapat anak sebab belum kawen lagi hehe.. In Sha Allah ada la rezeki nak kawen tu... tunggu je la... 

buat kedua-dua puteri ni semoga menjadi anak yang solehah dan berbakti pada ibu dan ayah bila besar nanti ya.. Aamiinn...