Thursday, February 27, 2014

untitle


apa kata anda??


Friday, February 21, 2014

Nasi Tumpang

selamat pagi semua... hari ni nak story sikit..
korang pernah dengar tak sejenis makanan yang dipanggil "nasi tumpang" ??
nak ditumpang ke mana tak tahu la hehehe
aku pernah dengar tapi tak familiar sebab tak pernah makan.. macam mana rasa pun tak tahu...huhu.. 
korang pernah makan ke?? ce cite ce cite macam mana rasanya...
meh nak kongsi cerita sikit pasal nasi ni
Asal usul dan resepi 

Nasi Tumpang ini dahulunya adalah nasi bekal untuk bekalan para nelayan untuk dibawa bagi santapan mereka ketika mereka dilaut. Ini adalah kerana nasi ini tahan lama dan tidak mudah basi. Nasi ini dipanggil Nasi Tumpang adalah kerana lauk-lauknya yang ditumpang diantara nasi-nasi. Rasanya amat enak dan lazat. Tetapi harus dingat nasi tumpang yang betul-betul sedap adalah yang dibungkus dengan daun pisang!. 

Photo Photo
ni la rupa nasik tumpang

kalau sape sape nak mencuba ikutlah resepi kat bawah ni yer

Cara Membuat Nasi Tumpang:

Bahan-bahannya
1. Beras
2. Ikan Kembung
3. Bawang Merah
4. Bawang Putih
5. Lengkuas
6. Ketumbar
7. Kunyit/Serbuk Kunyit
8. Cili Kering
9. Santan
10. Gula Melaka/Manisan
11. Garam
12. Asam Keping
13. Serunding Daging/Ikan
14. Telur
15. Udang jika ingin dimasukkan sebagai samba
16. Daun Pisang

Gulai ikan:
1/2kg Ikan Kembung/Selar ~Direbus dengan sedikit garam dan asam keping

Kuah Gulai:
10 ulas Bawang Merah
1inci Lengkuas
2 ulas Bawang Putih
1 sudu teh Ketumbar
1 inci Kunyit/1 sudu Serbuk kunyit
5 tangkai cili kering ~(dimesin halus)
250gm Santan (Tp belilah extra, Just in case
Gula Melaka/Manisan (‘Nisey’ orang kelantan panggil
Garam
Asam Keping

Cara-caranya lebih kurang nak buat Masak Lomak Cili Api.. tidak perlu tumis.

Untuk nak buat Gulai Udang.. Resipinya sama, cuma letak lebih sikit gula Melaka/manisan tu.. Kalau gulai Udang kena manis sikit.

Bila gulai dah hampir masak, boleh letak cili merah/cili hijau untuk ambik bau wangi dia.

Untuk Nasi dia.. Sukatan dan cara buat tu lebih kurang nasi impit.. cuma kena kacau lebih sikit sampai nasi betul-betul kering dan tidak berbiji-biji.Cara nak bungkus:Daun pisang dilayur atas api dan dikelongsor macam mamak jual kacang

1st layer : Nasi
2nd Layer : Serunding daging/ikan
3rd layer : Nasi
4th Layer : Lauk Gulai Ikan/Udang
5th Layer Nasi 
6th layer : Telur Dadar
7th Layer : Nasi.

Masa masukkan nasi tu, kenalah tekan-tekan sikit biar jadi padat..

SELAMAT MENCUBA!! (^_^)


Sumber: FB


Thursday, February 20, 2014

Wednesday, February 19, 2014

Tuesday, February 18, 2014

jom jana pendapatan yang lagi masyukkk

cara daftar adsense, cara daftar H12 Media Ads, Review H12 Media Ads, Apa itu CPM, iklan CPM H12 Media Ads, H12 Media Ads scam, cara jana duit online, cara buat duit, H12 Media Ads, daftar H12 Media Ads, h12 media ads, daftar h12 media ads, tutorial daftar h12 media ads, alternatif adsens 2014, alternatif nuffnang 2014, alternatif churp churp, cara daftar nuffnang, cara buat duit online

semalam baru je daftar h12-media ni. tunggu dieorang approved, then pagi ni dah boleh letak banner iklan dalam blog. sangat cepat diapproved, rasanya tak sampai 24 jam kot..

Aku letak benda ni sebab terpengaruh dengan feedback positif dari blogers yang dah letak benda ni dalam blog. pendapatan sangat lumayan tak payah tunggu lama untuk duit tu masuk dalam accout  h12-media kita...  cer google kalau nak tahu.

kalau korang nak daftar jugak klik je sini  h12-media dan ikut semua apa yang dieorang suruh buat..senang sangat.. 

kalau nak tahu macam mana cara nak daftar boleh refer SINI ye...

GOOD LUCK SEMUA!!! :)



Kenali Karekter Melalui Tandatangan

546316_349652905133867_1382205102_n
1. Satu Garis Di Bawah Tandatangan

Mempunyai keyakinan yang tinggi dan personaliti yang baik. Namun, bersifat kikir mereka juga percaya kepada kebahagiaan dalam kehidupan manusia.

2. Dua Titik Di Bawah Tanda Tangan

Mereka boleh dikatakan berjiwa romantis. Mudah ganti pasangan seperti menukar baju. Memilih orang yang memiliki kecantikan dan mereka sendiri berusaha untuk kelihatan menarik dan mereka ini juga mudah menarik perhatian orang lain.

3. Satu Titik Di Bawah Tanda Tangan

Lebih cenderung kepada seni klasik serta perkara yang mudah dan tenang. Jika orang lain yang telah hilang kepercayaan kepada
anda, anda tidak akan sesekali kembali kepada mereka dan ini menunjukkan mereka seorang yang tetap pendirian.

4. Tiada Garis atau Titik Di Bawah Tandatangan

Mereka ini selalu senang hidup dalam dunia sendiri dan mereka juga jarang mau mendengar pendapat orang lain.Mereka ini boleh di kategorikan sebagai pencinta alam tetapi mereka juga mempunyai sifat agak kikir.

5. Tiada Persamaan Antara Nama dan TandaTangan

Maksudnya tanda tangan mereka tidak menonjolkan nama mereka. Golongan ini mencoba untuk kelihatan bergaya, suka menyembunyikan sesuatu. Mereka jarang untuk berterus terang tetapi mereka merupakan pendengar yang baik dan senantiasa memberi perhatian tentang apa yang orang lain sedang katakan.

6. Ada Persamaan Antara Nama dan Tandatangan

Mereka ini berkeinginan untuk menjadi bijak tetapi mereka tidak pernah berpikir. Mereka ini tidak konsisten, dan selalu menukar idea atau pandangan sendiri seperti angin. Golongan ini tidak pernah berpikir baik buruk tentang sesuatu perkara. Biasanya, orang lain bisa mengambil hati mereka dengan hanya memuji.

7. Tanda Tangan dengan Huruf Yang Tidak Bersambung

Mereka ini sangat baik terhadap orang lain. Mempunyai hati yang baik, tidak mementingkan diri dan siap berkorban untuk kepentingan dan kebahagiaan orang yang di sayangi. Tapi apabila terlalu banyak perkara yang mereka pikirkan, ini menyebabkan mereka akan cepat tersinggung.

8. Tanda Tangan yang Lengkap Seperti Nama

Mereka sangat baik hati dan bisa menyesuaikan diri dengan suasana apa saja dan siapa saja yang mereka temui. Golongan ini juga sangat teguh pendirian serta pendapat dan memiliki keinginan yang sangat kuat dalam mendapatkan sesuatu.

Monday, February 17, 2014

perkongsian ilmu


Bismillah.

Perintah hijab adalah perintah menutup aurat. Ia bertujuan mengelakkan sesiapa melihat seseorang itu lalu timbul nafsu syahwatnya, di samping memelihara martabat kehormatan seseorg lebih2 lagi kepada wanita baik yg bujang atau isteri orang.

Ia boleh diukur pd pakaian yg dibenarkan solat, maka itulah pakaian hijab. Ia menutup aurat, longgar tidak menunjukkan bentuk aurat scara ketara, tidak nipis atau jarang (material sesuai) dan sebaiknya tidak penuh hiasan (aksesori dan gambar - menarik perhatian mengganggu tumpuan org lain - makruh).

Maka itu larangan menonjolkan bentuk tubuh itu bukan hanya kepada wanita saja. Kita cenderung mengaitkannya dgn buah dada wanita krn buah dada lelaki bukanlah aurat bgnya. Jika dpt nampak saiz dan bentuk maka itu haram dan tak boleh bawa solat. Ia perlu dilonggarkan terutama pd bahagian kemaluan dada, punggung dan alat sulit.

Ini juga termasuk yg laki2, jika seluar yg digunakan nampak bentuk alat sulitnya hingga dpt diketahui ia besar atau kecil maka ini juga haram, krn ia dpt menimbulkan syahwat wanita, gay atau pondan. Pakaian solat lelaki mesti labuh spt jubah, kurta dan baju melayu atau bersamping.

Maka seluar slack atau seluar fit (umpama sluar renang dan sukan) menonjolkan size kemaluan termasuk menampakkan bentuk tubuh, maka ia tidak sesuai. Org Islam sebenarnya tidak sesuai take in (masuk baju dlm seluar spt pakaian pejabat budaya sekular). Jika nak guna juga labuhkan baju anda hingga bawah kemaluan.

Wallahua'lam.


Sunday, February 16, 2014

Tuesday, February 11, 2014

perkongsian

~S-U-R-A-H~

•Al-Fatihah : Memadam kemurkaan Allah SWT

•Yasin : Menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari kiamat

•Dukhan : Membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat

•Al-Waqi'ah : Melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir

•Al-Mulk : Meringankan azab di dalam kubur

•Al-Khautar : Meleraikan segala perbalahan

•Al-Kafirun : Menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian

•Al-Ikhlas : Melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq

•Al-Falq : Menghapuskan perasaan hasad dengki

•An-Nas : Melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was