Monday, February 17, 2014

perkongsian ilmu


Bismillah.

Perintah hijab adalah perintah menutup aurat. Ia bertujuan mengelakkan sesiapa melihat seseorang itu lalu timbul nafsu syahwatnya, di samping memelihara martabat kehormatan seseorg lebih2 lagi kepada wanita baik yg bujang atau isteri orang.

Ia boleh diukur pd pakaian yg dibenarkan solat, maka itulah pakaian hijab. Ia menutup aurat, longgar tidak menunjukkan bentuk aurat scara ketara, tidak nipis atau jarang (material sesuai) dan sebaiknya tidak penuh hiasan (aksesori dan gambar - menarik perhatian mengganggu tumpuan org lain - makruh).

Maka itu larangan menonjolkan bentuk tubuh itu bukan hanya kepada wanita saja. Kita cenderung mengaitkannya dgn buah dada wanita krn buah dada lelaki bukanlah aurat bgnya. Jika dpt nampak saiz dan bentuk maka itu haram dan tak boleh bawa solat. Ia perlu dilonggarkan terutama pd bahagian kemaluan dada, punggung dan alat sulit.

Ini juga termasuk yg laki2, jika seluar yg digunakan nampak bentuk alat sulitnya hingga dpt diketahui ia besar atau kecil maka ini juga haram, krn ia dpt menimbulkan syahwat wanita, gay atau pondan. Pakaian solat lelaki mesti labuh spt jubah, kurta dan baju melayu atau bersamping.

Maka seluar slack atau seluar fit (umpama sluar renang dan sukan) menonjolkan size kemaluan termasuk menampakkan bentuk tubuh, maka ia tidak sesuai. Org Islam sebenarnya tidak sesuai take in (masuk baju dlm seluar spt pakaian pejabat budaya sekular). Jika nak guna juga labuhkan baju anda hingga bawah kemaluan.

Wallahua'lam.


1 comment:

msredcheesecake said...

kalau pakaian kita boleh baak solat, itu dah cukup syarat la tu... thanks share