“Aduhhhhh, aku ni sebersalah di buatnya.. patut ke aku
tinggalkan dia atau tidak! Ergggh!”
Pernahkah kamu berada dalam dilemma seperti ini, tidak tahu mana
satu langhkah yang betul perlu kamu lakukan sama ada kamu perlu teruskan hubungan
dengan si dia ataupun sebaliknya. Jom ketahui beberapa situasi bila kamu
PERLUmeninggalkan dirinya!
1) SUKA MENGAMBIL KESEMPATAN
Ada sesetengah lelaki memang suka ambil kesempatan atas
kelemahan wanita. Jadi jangan biarkan diri kamu itu terus menjadi mangsanya.
Percayalah lelaki seperti ini memang tidak sesuai untuk di jadikan calon suami.
2) TIDAK MENGHORMATI DIRI KAMU SENDIRI
Sekirannya dia berani maki kamu, menghina diri kamu dan
berkelakuan tidak senonoh di depanmu usah peningkan kepala, tinggalkan
sahaja dirinya. Orang seperti ini sebenarnya tiada perasaan ‘menghormati orang
lain’ jadi mengapa kamu perlu menghabiskan masa kamu bersama si dia.
3) BARAN SEHINGGA MEMUKUL
Jika ibu bapa sendiri pun tidak pernah menjentik kamu, inikan
pula orang lain. Sekirannya dia sering memukulmu dan baran tak tentu hala,
lupakan sahaja niat kamu untuk sehidup semati dengannya. Sanggupkah kamu
biarkan diri kamu terus di pukul sampai ke hari tua ?
4) MENGHINA KELUARGA MU
Sayang tuh sayang juga, tetapi kalau sampai menghina keluarga mu
itu bukanlah sayang namanya. Kamu perlu pertahankan maruah keluarga mu juga
jangan semudah-mudahnya membiarkan keluarga kamu di hina oleh kekasihmu
sendiri.
5) CURANG DAN BERMAIN KAYU TIGA
Baru bercinta si dia dah berani bermain kayu tiga di belakang
mu. Apa lagi nanti bila dah berumahtangga. Sebelum nasi menjadi bubur, baik
kamu sediakan payung sebelum hujan dahulu. Bukan apa, untuk langkah
berjaga-jaga.
6) PENJENAYAH YANG DI KEHENDAKI
Jangan ambil sebarang risiko bercinta dengan seorang penjenayah
ala-ala lagu Britney spears ‘criminal’. Mungkin di awal hubungan nampak cool dan hebat tetapi tidak di nafikan jika satu hari nanti
silap-silap hari bulan kamu juga terjerumus dalam dunianya dan terpengaruh.
#tipscintadariremajakarangkraf
3 comments:
setuju dengan entry ni (y)
betul-2 .. sikap lelaki dlm entry ni memang sama dgn ex dulu . Huhu,, opps tp dy bukan penjenyaha laa. hahaha
kalau dah penjenayah tuu , wajib dh tuu tinggalkan . hehe :3
Post a Comment