Lazada Malaysia

Wednesday, September 24, 2014

Ariani Online by Zalora

 
Korang tercari-cari koleksi tudung terbaru dan cantik?? jangan risau kerana Galeri Ariani Online ada menawarkan tudung yang pastinya menepati citarasa anda.. Artis terkenal pun pakai koleksi ni..



Tengok gambar di atas. Cantik sungguh penampilan kedua-dua artis terkenal ini. Sejak tampil dengan imej bertudung, Dato’ Siti Nurhaliza iaitu penyanyi nombor satu Malaysia dan pengacara tv terkenal Nurul Shuhada semakin cantik berseri. Mungkin disebabkan itulah peminat semakin menyukai dan mengikuti perkembangan mereka apatah lagi dalam kalangan mereka yang memakai hijab. Tak sia-sia kan kalau korang pakai mesti akan jadi cantik macam mereka juga. 

Atas faktor itu dan disebabkan populariti mereka yang sememangnya utuh dalam industri hiburan Malaysia, Galeri Ariani telah mengambil langkah berani dan penuh positif untuk mendapatkan khidmat mereka sebagai duta kepada koleksi tudung terbaru Ariani Online. 

Hasil daripada langkah pemasaran yang berkesan ini Ariani menerima sambutan yang cukup hangat daripada pelanggan untuk koleksi tudung Ariani Online Eksklusif Siti Nurhaliza terutamanya ketika musim perayaan yang lalu.



Malah sejak diumumkan menjadi wajah eksklusif untuk koleksi tudung Ariani terkini, Dato’ Siti sering tampil dengan hijab yang begitu cantik dan semuanya adalah daripada Ariani Malaysia sendiri.


Dato’ Siti Nurhaliza adalah antara artis yang begitu aktif sekarang ini di laman sosial media Instagram. Di laman akaun miliknya anda boleh lihat gambar beliau memakai tudung Ariani. Korang semua tak nak cuba ke? 


Bagi korang yang tidak tahu atau sudah kehabisan idea dalam menggayakan tudung, korang boleh sahaja dapatkan inspirasi daripada cara Dato’Siti menggayakan tudungnya bersama persalinan baju, aksesori, kasut dan beg yang digayakan. Pasti korang takkan menyesal kerana cara penggayaan tudung adalah simple dan menjimatkan masa.


Tudung terkini daripada Ariani sangat versatile dan boleh dipadankan dengan apa sahaja persalinan kegemaran korang. Bagi yang lebih suka dengan imej sopan dan feminine cuba padankannya dengan pakaian tradisional wanita Melayu seperti baju kurung moden dan sebagainya. 




Berminat untuk dapatkan tudung terbaru Ariani Online? Layari website online shopping Malaysia terkemuka ZALORA dan rebut harga terbaik hanya di sana!



2 comments:

IBNU MBBS ENTERPRISE said...

assalam.. saya tag sis di entry GA nie
http://sakuraungu92.blogspot.com/2014/09/giveaway-contest-by-twosevenzerosixzero.html

Dunia Zumal said...

Design Ariani memang cantik ^_^