Lazada Malaysia

Sunday, December 1, 2013

1001 Khasiat Madu!

 
 
Madu mempunyai 1001 kebaikan dan khasiat. Tak di nafikan, ia sangat baik untuk sistem badan kita. Namun, sejauh mana kita tahu khasiat madu ?

Jom ikuti REMAJA, berkongsi maklumat tentang khasiat madu mengikut kategori dan fungsinya terhadap badan.

BAGUS UNTUK KULIT, RAMBUT DAN MATA
Madu mampu menjadikan rambut dan mata lebih sihat dan bersinar. Ia juga boleh membuatkan penglihatan seseorang lebih terang dan jelas. Jika kulit kamu mengalami kecederaan, madu juga mempercepatkan proses penyembuhan kecederaan kulit apabila di sapukan di kawasan yang luka. Malah, ia juga dapat melindungi daripada jangkitan kuman. Dengan mengamalkan pengambilan madu setiap hari, kulit akan lebih sihat, halus dan kelihatan lebih muda. Jangan terkejutlah jika ada yang tanya tip penjagaan kulit!

BAIK UNTUK SISTEM PENGHADAMAN
Buat pengetahuan kamu, selain daripada memberi kesan cantik pada si pengama. Ia juga dapat menguatkan sistem penghadaman. Malah, kamu juga dapat elakan diri daripada kerap terkena keracunan makanan. Bukan itu sahaja, Ia juga melancarkan sistem urinari (sistem buang air kecil).

SIHAT UNTUK SISTEM PERNAFASAN DAN KERONGKONG
Jika kamu sedang mengalami sakit tekak dan batuk, madu mujarab untuk melegakan batuk yang berpanjangan. Selain itu, ia bertindak untuk menguatkan penafasan dan mengurangkan asma atau lelah.

 MENGUATKAN TENAGA BADAN
Madu dapat menguatkan badan seorang wanita terutamanya jika si dia sedang mengandung. Ini kerana madu adalah makanan tenaga semula jadi . Jadi madu tidak akan memberi sebarang tindak balas yang negatif pada individu yang mengambilnya setiap hari. Walaupun madu agak manis, namun ia mampu mengawal kandungan gula dalam darah jika kamu mengambil madu secara berterusan.Ia juga sumber gula alternative yang semulajadi untuk pesakit buah pinggang dan kencing manis. Ia juga mampu mengembalikan tenaga selepas cirit-birit dan haid yang berterusan.

GIZI MAKANAN
Madu sangat di perkaya dengan zat mineral dan gula semula jadi yang mudah untuk di hadam. Ia juga memudahkan serapan kalsium dalam badan.
 
sumber: sini
 
 

2 comments:

Aku pengembara said...

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum
madu”.

Petikan daripada satu blog yg membincangkan perihal kebaikan madu…

Unknown said...

Petua minum madu jangan guna sudu besi coz nnt khasiat die kurang..
Honestly,kite xbpe suka madu pasal manis sgt n sy kuranf skit makanan manis nih:)