Lazada Malaysia

Friday, February 21, 2014

Nasi Tumpang

selamat pagi semua... hari ni nak story sikit..
korang pernah dengar tak sejenis makanan yang dipanggil "nasi tumpang" ??
nak ditumpang ke mana tak tahu la hehehe
aku pernah dengar tapi tak familiar sebab tak pernah makan.. macam mana rasa pun tak tahu...huhu.. 
korang pernah makan ke?? ce cite ce cite macam mana rasanya...
meh nak kongsi cerita sikit pasal nasi ni
Asal usul dan resepi 

Nasi Tumpang ini dahulunya adalah nasi bekal untuk bekalan para nelayan untuk dibawa bagi santapan mereka ketika mereka dilaut. Ini adalah kerana nasi ini tahan lama dan tidak mudah basi. Nasi ini dipanggil Nasi Tumpang adalah kerana lauk-lauknya yang ditumpang diantara nasi-nasi. Rasanya amat enak dan lazat. Tetapi harus dingat nasi tumpang yang betul-betul sedap adalah yang dibungkus dengan daun pisang!. 

Photo Photo
ni la rupa nasik tumpang

kalau sape sape nak mencuba ikutlah resepi kat bawah ni yer

Cara Membuat Nasi Tumpang:

Bahan-bahannya
1. Beras
2. Ikan Kembung
3. Bawang Merah
4. Bawang Putih
5. Lengkuas
6. Ketumbar
7. Kunyit/Serbuk Kunyit
8. Cili Kering
9. Santan
10. Gula Melaka/Manisan
11. Garam
12. Asam Keping
13. Serunding Daging/Ikan
14. Telur
15. Udang jika ingin dimasukkan sebagai samba
16. Daun Pisang

Gulai ikan:
1/2kg Ikan Kembung/Selar ~Direbus dengan sedikit garam dan asam keping

Kuah Gulai:
10 ulas Bawang Merah
1inci Lengkuas
2 ulas Bawang Putih
1 sudu teh Ketumbar
1 inci Kunyit/1 sudu Serbuk kunyit
5 tangkai cili kering ~(dimesin halus)
250gm Santan (Tp belilah extra, Just in case
Gula Melaka/Manisan (‘Nisey’ orang kelantan panggil
Garam
Asam Keping

Cara-caranya lebih kurang nak buat Masak Lomak Cili Api.. tidak perlu tumis.

Untuk nak buat Gulai Udang.. Resipinya sama, cuma letak lebih sikit gula Melaka/manisan tu.. Kalau gulai Udang kena manis sikit.

Bila gulai dah hampir masak, boleh letak cili merah/cili hijau untuk ambik bau wangi dia.

Untuk Nasi dia.. Sukatan dan cara buat tu lebih kurang nasi impit.. cuma kena kacau lebih sikit sampai nasi betul-betul kering dan tidak berbiji-biji.Cara nak bungkus:Daun pisang dilayur atas api dan dikelongsor macam mamak jual kacang

1st layer : Nasi
2nd Layer : Serunding daging/ikan
3rd layer : Nasi
4th Layer : Lauk Gulai Ikan/Udang
5th Layer Nasi 
6th layer : Telur Dadar
7th Layer : Nasi.

Masa masukkan nasi tu, kenalah tekan-tekan sikit biar jadi padat..

SELAMAT MENCUBA!! (^_^)


Sumber: FB


2 comments:

Sweet red cherry said...

salam kenal dr SRC..

saya singgah sini dan follow..cantik blog..sudi la singgah blog dan follow saya di http://www.dapurjirankuberasap.blogspot.com.tq

Zakiwaaa said...

Singgah jap :) Btw, jom join segmen ni banyak tau hadiah tudung. Boleh pilih lagi. Sesuai untuk muslimah macam kita ni ;)Cepat sebelum terlambat

http://lifestorysayakatsini.blogspot.com/2014/02/segmen-saya-nak-tudung-syria-superb.html