skip to main |
skip to sidebar
dah mati
cerita ni agak menyayat hati bagi insan seperti aku yang baru nak berjinak-jinak dalam dunia tersebut. tidak dapat dinafikan bahawa aku ni seorang yang memang tidak boleh melakukannya kerana tiada kemahiran dalam bidang tersebut. walaupun aku belajar tapi aku belajar hanya untuk memenuhi jam kredit universiti sahaja dan aku tidak berniat untuk mempraktikkannya pada masa hadapan. oleh itu akan aku jadikannya sebagai pengajaran supaya perkara seperti itu tidak akan berlaku lagi... huhuhu sedih :(
panjang pulak intro aku kali ni...
alkisahnya begini.. pada hari sabtu yang lepas, bersamaan dengan 30 mac 2013, kumpulan ko k (kokurikulum) aku ada buat KLK (kegiatan luar kelas). semester ni merupakan sem last kami ambik subjek kok: kami belajar mengenai ikan hiasan. so, sebagai memenuhi syarat kursus kami perlu mengadakan lawatan ke tapak kolam ikan hiasan. aku ikut aje sebab boleh ambik angin sambil tengok dunia luar.
sampai je kat sana kami dibawa tgk ikan-ikan yang comel sangat-sangat. ada ikan yang aku tak pernah tgk pun sebelum ni... setelah seharian berjemur panas, kami semua rehat kejap then lepas tu bertolak pulang ke UUM..
tapi sebelum pulang, owner tempat tu tawarkan kami untuk beli ikan hiasan tu.. ada jugak yang berminat termasuklah aku huhuhu...aku beli 3 ekor tapi tu semua member punya, aku tolong beli jer hohoho....
ihsan dari en google
then lepas balik UUM, aku bagi member aku yang jaga dulu ikan tu sebab aku ni kurang sikit nak jaga benda macam tu.. ikan lagi sekor tu aku nak bagi kat member sebelah bilik, lagi dua ekor tu member aku yang tolong jaga ikan tu punya... ok semalaman dia jaga...
esoknya, masa dalam kelas member aku yang jaga ikan tu hantar msg... terkejut baca..."azie, ikan dah mati"... mula-mula baca ingatkan sape yang mati... rupa-rupanya ikan yang baru beli tu yang mati.. sedih betol... tak sempat tgk ikan tu membesar.. tak taw kenapa boleh mati, pahadal baru sehari beli... dah ajal kot nak buat macam mana..huhuhu
tu kot kali terakhir aku beli ikan hiasan...tambah pulak tak reti nak jaga... kesian ikan tu mati macam tu jer...
#lagi suka bela kucing sebab comel...
2 comments:
ikan emas mmg cepat mati... kalau hidupnya tak panjang hayat cam ikan2 lain..
ciian.. dah mati.. huhu :'3
Post a Comment